Thursday 5 October 2017

[Video Skandal air Sabah: Shafie salahkan Kementerian Kewangan & Apa BN Sudah Buat di Sabah?] Laporan: SPRM tahan Naib Presiden Parti WARISAN Sabah.

Jumaat, 6 Oktober 2017

Laporan: SPRM tahan naib presiden WARISAN


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Peter Anthony.
Beliau ditahan selepas hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk memberi keterangan petang tadi.
SPRM mengesahkan penahanan itu, menurut laporan laman Free Malaysia Today.
SPRM juga berkata, Peter akan dibawa ke Mahamah Majistret esok untuk ditahan reman.
Semalam, badan itu dilaporkan merampas wang tunai kira-kira RM150 juta menerusi serbuan di beberapa lokasi di Sabah.
SPRM mendakwa wujudnya sindiket menggelapkan wang dengan cara mengisytiharkan projek pembangunan kerajaan sudah siap dan membuat tuntutan bayaran, walaupun projek tersebut langsung tidak dijalankan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki sebelum ini mengesahkan operasi sedang dijalankan tetapi tidak mendedahkan kementerian yang terlibat.
Peter dilaporkan menerima sejumlah projek daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang sebelum ini dipegang Presiden WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal.
Namun beliau menafikan melakukan apa-apa kesalahan, dan menegaskan projek tersebut diperolehinya melalui prosedur yang betul.
WARISAN ditubuhkan Shafie selepas beliau digugurkan daripada jemaah menteri pada 2015, dan keluar Umno setahun kemudian.

malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena