Thursday 9 November 2017

[Video 300 Ribu Mangsa Ditipu 'Kopi Pak Belalang' (Benarkah Melibatkan Penipuan Pelaburan 38 Billion Ringgit?)] Melayu tertipu lagi? Tiada bayang kembali ke MCA, pengundi Cina masih pilih pembangkang.

Khamis, 9 November 2017




Tiada bayang kembali ke MCA, pengundi Cina masih pilih pembangkang
MCA dikatakan mempunyai 1.09 juta ahli dan parti komponen kedua terbesar dalam BN, tetapi hanya 661,469 (18.4%) kaum Cina mengundi BN pada 2013 sementara 2.92 juta (81.5%) mengundi PH. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 November, 2017.

HAMPIR tiada. Itu kesimpulan kepada peluang MCA merampas semula kedudukannya sebagai parti politik pilihan untuk kaum Cina di Malaysia.
Kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan sejumlah besar Cina masih menyokong DAP dan pembangkang.
Penemuan itu bermakna dakwaan Presiden MCA Liow Tiong Lai hanya mengarut apabila berkata calon DAP akan kalah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Dalam kaji selidik yang dijalankan pada Ogos lalu, Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati 68% responden berbangsa Cina berpihak kepada Pakatan Harapan (PH), sementara hanya 21% menyokong Barisan Nasional (BN). Sejumlah 7% tidak membuat keputusan dan 4% lagi sokong PAS.
Pengundi Cina yang setuju dengan kerajaan negeri PH di Selangor dan Pulau Pinang juga kekal kukuh dengan masing-masing 58% dan 65%, kata IDE.
Dalam satu lagi kaji selidik dijalankan oleh Merdeka Center untuk penyelidikan pandangan pada September lalu mendapati, lebih dua pertiga responden Cina atau 68%, percaya negara ini secara amnya menghala ke hala tuju yang salah, berbanding 51% dalam kaji selidik serupa pada April 2013.
Hanya 11% daripada 1,000 responden Cina yang dikaji selidik percaya negara ini menuju hala tuju yang tepat, menurun daripada 21% pada April 2013.
Liow pada Ahad berkata beliau menjangkakan DAP akan tersungkur pada pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian terlalu awal untuk Liow buat dakwaan seperti itu.
“Ia masih terlalu awal untuk kata ada peningkatan substantif dalam sokongan pengundi Cina terhadap MCA pada masa ini.
“Setakat ini, data yang ada masih menunjukkan DAP lebih digemari berbanding MCA. Namun, kita tidak boleh menolak beberapa variasi kecil berikutan perubahan dalam jumlah yang keluar mengundi daripada kumpulan umur berbeza,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insight.
Pengurus penyelidikan Merdeka Center Tan Seng Keat berkat kalau ada sekalipun pengundi kembali kepada BN, ia hanya peratusan kecil penyokong setia MCA yang mengundi menentang BN pada PRU lalu kerana mereka percaya ada peluang untuk mengubah kerajaan.
Pada 2013, MCA kalah teruk, mempertahankan hanya tujuh daripada 37 kerusi persekutuan dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandinginya. DAP menang 38 daripada 51 kerusi Parlimen dan 95 daripada 103 kerusi DUN yang ditandinginya.
MCA dikatakan mempunyai 1.09 juta ahli dan parti komponen kedua terbesar dalam BN, tetapi hanya 661,469 (18.4%) kaum Cina mengundi BN pada 2013 sementara 2.92 juta (81.5%) mengundi PH.
IDE berkata kebanyakan responden Cina masih marah pada BN kerana memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 hingga menyebabkan kenaikan harga barang.
“Ramai tidak gembira dengan situasi ekonomi semasa,” kata IDE.
Didapati 53% responden Cina paling risaukan mengenai kenaikan harga barang, tekanan hidup (23%), gaji (10%), isu jenayah dan sosial (6%), pembangunan infrastruktur (5%), pengangguran (2%) dan isu lain (3%).
IDEA menjalankan kaji selidik terhadap 4,468 orang. – 9 November, 2017.

The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena