Thursday, 9 November 2017

[Video Anggap PAS gagal, bekas Duta sertai DAP] Lagi diserang lagi ramai Melayu sertai DAP, terbaru bekas calon Pas.

Jumaat, 10 November 2017

Image result for Gambar Parti Harapan

Lagi diserang lagi ramai Melayu sertai DAP, terbaru bekas calon Pas

Walaupun sering menjadi bahan serangan Umno dan Pas dengan label chauvinis, anti-Melayu, anti-Islam, menggugat dominasi politik Melayu dan sebagainya, DAP sebaliknya terus mendapat sokongan orang Melayu khususnya golongan cerdik pandai, budayawan dan profesional.

Terbaru, bekas duta besar negara ke Mexico Datuk Yeop Adlan Che Rose, 74, mengambil keputusan menyertai DAP.
Yeop Adlan (foto) yang juga bekas calon Pas bagi kawasan parlimen Hulu Langat pada pilihan raya umum (PRU) 2004  menyifatkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP bersama rakan-rakan komponen Pakatan Harapan (PH) sebagai satu-satunya kerajaan negeri yang bersih, cekap dan amanah.
Malah ia adalah sebab utama yang menarik minat beliau menyertai DAP selepas pernah menyertai PAS sebagai AJK Lajnah Antarabangsa sebelum menyertai PKR dan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu sewaktu rombakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR pada April 2009.
“Pulau Pinang 50 tahun dipegang oleh BN, apa dia buat? Tak ada perancangan, kelam kabut, sesak, begitu begini dan sebagainya. Terutamanya tempat makan, dengan tikusnya, kotor, masyhur sebagai bau sampah.
“Tetapi (DAP) ambil dua penggal sahaja. Tengok, sudah bersih. Kerajaan yang waras dengan perbelanjaan. Tutup bocor (pembaziran), tak ada tiris. (Pelaksanaan) tender terbuka. Dia (kerajaan) belanja, tapi dengan baik.
“Hutang dah turun, daripada RM680 juta tinggal RM66 juta sahaja. Yang paling tinggi sekali (hutang) Pahang (iaitu) RM2.3 bilion,” ujarnya ketika diwawancara Roketkini.com.
Malah katanya, kemajuan orang Melayu dari segi ekonomi hanya akan dapat dicapai dalam sebuah negara yang ditadbir seperti mana dilakukan PH di Pulau Pinang.
Bagi Yeop Adlan, orang Melayu tidak perlu bimbang dengan pembabitan DAP dalam PH kerana gabungan itu juga turut disertai parti-parti majoriti Melayu seperti PKR, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Gejala rasuah, bagi Yeop Adlan, adalah perkara utama yang harus diberikan perhatian dan dibendung secara komprehensif oleh kerajaan bagi memastikan pentadbiran negara sentiasa bersih dan kemakmuran dapat dinikmati oleh rakyat.
Bagaimanapun beliau kesal pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menjalankan tanggung jawab untuk menyiasat skandal mega penyelewengan dana 1MDB yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.
“Kalau dah masuk dalam akaun sendiri (peribadi) sampai RM2.6 bilion macam mana ni? Ini dah rekod dunia!” tegasnya sambil menyifatkan siri tangkapan berprofil tinggi yang dilakukan SPRM sejak akhir-akhir ini sebagai hanya “wayang kulit” semata-mata.
Beliau memberi contoh Indonesia di bawah pentadbiran Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Singapura hasil kepimpinan mendiang Lee Kuan Yew yang menurutnya lebih serius dalam menangani budaya rasuah.
Malah katanya, rakyat akan bangkit melawan pemerintah yang rasuah sekiranya kesan daripada gejala itu benar-benar dapat dirasai oleh orang ramai melalui peningkatan kos sara hidup dan sebagainya.
Selain Yeop Adlan, DAP juga menerima keahlian Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said, bekas pensyarah kanan dan pakar undang-undang perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena