Thursday 9 November 2017

[Video NIZAR (AMANAH)-MENANG RM200 000 SAMAN FITNAH KEATAS RAZMAN (BENDAHARI PAS)] Nizar menang saman fitnah Pesuruhjaya Pas Perak.

Jumaat, 10 November 2017


Nizar menang saman fitnah Pesuruhjaya Pas Perak

Sebelum ini Razman telah diarah mahkamah membayar kos sebanyak RM8,000 kepada Nizar setelah kalah dalam permohonan membatalkan saman yang difailkan oleh Razman terhadap Nizar serta permohonan membatalkan tuntutan balas yang difailkan oleh Nizar terhadap Razman.
Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini menang dalam kes saman fitnahnya terhadap Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria di Mahkamah Sesyen Ipoh.
Timbalan Pengerusi AMANAH Perak itu memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman pada Ogos 2015 ekoran kenyataan Razman yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar mirip DAP”.
Sebelum ini Razman telah diarah mahkamah membayar kos sebanyak RM8,000 kepada Nizar setelah kalah dalam permohonan membatalkan saman yang difailkan oleh Razman terhadap Nizar serta permohonan membatalkan tuntutan balas yang difailkan oleh Nizar terhadap Razman.
Nizar dalam kenyataan di luar mahkamah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu beliau dalam perbicaraan yang memakan masa yang panjang.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua Dewan Ulamak Pas Perak Sidiq Nor menyeru semua ahli Pas melakukan solat hajat dan munajat bagi memohon Allah SWT memberi kemenangan kepada Razman yang menghadapi saman fitnah Nizar.
Majlis solat hajat dan munajat itu dijadualkan malam tadi secara serentak di markas, surau dan masjid.
Bagaimanapun berlaku kesilapan pada tarikh program solat hajat dan munajat itu yang dinyatakan pada 9 November 2019, iaitu dua tahun dari sekarang.
Berita lanjut menyusul.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena