Monday 13 November 2017

[Video SUBSIDI DIMANSUHKAN~Rakyat Derita Kerana GST] TPM KINI SESUAI DIGELAR 'USTAZ ZAHID HAMIDI'.

Isnin, 13 November 2017

TPM KINI SESUAI DIGELAR 'USTAZ ZAHID HAMIDI'

Di sebalik ingatan Perdana Menteri, Najib Razak agar jangan ada sesiapa mempolitikkan kejadian banjir di Pulau Pinang, tapi sayang seribu kali sayang, pemimpin nombor dua dalam kerajaan sendiri telah mengingkari perkara itu.

Ketika berucap di hadapan perwakilan Gerakan semalam, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan banjir yang berlaku di Pulau Pinang itu sebagai suatu bala daripada Tuhan.

Apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang Tuhan tunjukkan bahawa ini adalah ketika yang terbaik untuk kita ambil alih Pulau Pinang, kata beliau.

Dengan ucapan sedemikian, malah mampu mentafsir sesuatu kejadian untuk kepentingan kelompok sendiri, Zahid Hamidi bukan saja terang-terangan mempolitikkan kejadian banjir di Pulau Pinang untuk kepentingan Gerakan dan BN serta mengingkari nasihat Perdana Menteri, malah beliau kini lebih sesuai digelar "Ustaz Zahid Hamidi".
Biasanya hanya "ustaz-ustaz politik" daripada sebuah parti yang kini menjadi kawan karib UMNO dan BN saja yang ada kemampuan mentafsir kejadian Tuhan di mana jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka, ia dianggap sebagai ujian, sebaliknya kalau berlaku kepada pihak lain yang dimusuhinya, ia dikatakan sebagai bala Tuhan.

Nampaknya kini "Ustaz Zahid Hamidi" juga sudah terjangkit perkara yang sama.
Jika demikian tafsiran atau fatwa daripada "Ustaz Zahid Hamidi", bagaimana dengan banjir yang turut berlaku di banyak negeri lain?

Johor, Perak, Kedah, malah Langkawi juga dilanda banjir sebelum ini?

Lebih daripada itu, pada tahun 2016 lalu, Putrajaya pun dilanda banjir sama?

Beranikah "Ustaz Zahid Hamidi" mengatakan semua itu sesuatu yang dihantar Tuhan sebagai petunjuk bahawa Pakatan Harapan akan mengambil alihnya daripada BN? (ShahbudinHusin 13/11/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena