Monday 13 November 2017

[Video Rafizi-Johari bertelagah isu GST & "Menteri Tak Boleh Pakai, Bodoo!"] Zahid: Tuhan hantar banjir untuk BN rampas Pulau Pinang & Bajet 2018 suntik ‘rasa sedap’ pada penyokong tegar BN.

Isnin, 13 November 2017



Related image
Image result for Gambar GST

Tuhan hantar banjir untuk BN rampas Pulau Pinang, kata Zahid

Tuhan hantar banjir untuk BN rampas Pulau Pinang, kata Zahid
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Persidangan Agung Parti Gerakan di Cheras, Kuala Lumpur hari ini. Dalam ucapannya itu, beliau menyeru BN mengambil kesempatan merampas kembali Pulau Pinang memandangkan tuhan telah menurunkan "bala" dalam bentuk bencana alam kepada negeri itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 November, 2017.

Bajet 2018 suntik ‘rasa sedap’ pada penyokong tegar BN

Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad

Bajet 2018 yang hanya memperuntukkan RM1500 bonus untuk kakitangan awam dan sumbangan BR1M dikekalkan pada tahap RM1200 tidak bermaksud pentadbiran Najib enggan memberikan gula-gula pilihan raya kepada rakyat, malah peruntukan yang diberikan kepada lima kelompok sasar dalam ‘ibu segala bajet’ itu bertujuan untuk memastikan penyokong tegar BN tidak beralih sokongan.
Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan pentadbiran Najib untuk tidak menambah jumlah BR1M memang sengaja dilakukan kerana daripada 7 juta penerima, tidak semua daripada mereka akan mengundi BN.
Malah pemberian RM1,500 ‘bantuan khas’ dengan dua kali bayaran kepada penjawat awam, katanya membayangkan pentadbiran Najib sedar tentang majoriti penjawat awam keberatan untuk mengundi BN ekoran ramai yang menderita akibat barang naik dan kos hidup yang semakin membebankan.
“Mereka marah dan juga bosan hidup susah. Tidak bijak kalau Najib tambah secara ‘borong atau blanket’ macam itu. Yang jelas, ‘jalan ke Putrajaya’ hakikatnya, masih melalui jalan kampung dan luar bandar,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya pentadbiran Najib lebih khusus mensasarkan kelompok tertentu bagi memastikan sokongan tegar BN tidak lari sekaligus mahu menghalang penularan pengaruh parti saingan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di kawasan luar bandar dan penempatan Felda.
Menurut beliau, bagi mencapai tujuan ini, pentadbiran Najib memberikan peruntukan paling besar kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah sebanyak RM6.5 bilion.
Ini merangkumi RM2.3 bilion untuk baja dan input pertanian, tanam semula getah dan kelapa sawit, saliran air, termasuk bayaran RM200 sebulan untuk pesawah selama 3 bulan menanti padi dituai.
Masyarakat Orang Asli pula, katanya menerima peruntukan RM60 juta manakala warga Felda menerima RM60 juta peruntukan tanam semula dan RM43 juta wang Cess disamping RM160 juta peruntukan untuk rumah generasi ke-2.
Bajet 2018 juga, tambah beliau memperuntukkan RM1,500 bantuan khas kepada tok batin dan ketua kampung manakala RM1,500 bantuan khas untuk guru KAFA, takmir, imam, bilal dan tok siak.
“Bagi menggembirakan pihak ATM, diperuntukkan RM14 bilion termasuk RM40 juta menaik taraf 5 hospital, 4 poliklinik dan hospital untuk pesara tentera atau veteran. Sementara PDRM menerima RM9 bilion dan Maritim RM900 juta dan banyak lagi ‘kumpulan sasar’ Najib termasuk cubaan menyantuni golongan wanita,” ujarnya.
Sambil menyifatkan langkah pentadbiran Najib sebagai ‘bijak dan licik’, Dr Dzulkefly berkata, peruntukan yang lebih fokus dan terarah ini membuktikan kerajaan BN perlu berhemah kerana tidak mempunyai “ruang fiskal” untuk berbelanja besar.
“Hutang sudah mencecah ‘had statutori’. Agensi penarafan memantau bejatnya. Fitch Rating telah bersuara. Silap haribulan penarafan atau ‘rating’ negara boleh diturunkan. Buruk buat Najib, khasnya impak ke atas posisi ‘kedaulatan negara’ dan nilai ringgit.
“Lalu ini yang termampu Najib lakukan. Kaedah “Bajet Memberi Habuan Depan” atau dengan istilah “Front-Loaded Cash Budget”. Beri sebanyak yang boleh di awal tahun. Suntik dan cetuskan ‘rasa sedap’ (feel good) kepada kumpulan sasaran.
“Beban bayaran pembiayaan mengurus serta pembangunan bahkan perbelanjaan mengurus kemudian! Ya, selepas dia menang pilihan raya. Itu pun kalau menang,” ujar beliau.
Ikuti ulasan lanjut beliau di ruangan ‘Rencana’.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena