Thursday, 27 September 2018

[Video Azeez Rahim bersama Abangnya Serta Seorang Individu Direman] Saya tak akan bergari jika keluar Umno minggu lepas & Timb KPN: Rosmah akan dipanggil utk mengenalpasti barangan kemas miliknya.

Khamis, 27 September 2018

Foto Suara Rakyat.
SETELAH beberapa jam disiasat SPRM semalam, Rosmah Mansor akan menghabiskan masanya dengan polis pula dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim berkata isteri bekas perdana menteri itu akan perlu mengenal pasti barang kemas dan barangan lain miliknya yang dirampas sebelum ini.

Saya tak akan bergari jika keluar Umno minggu lepas

Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa beliau tidak akan berbaju lokap dan bergari sekiranya meninggalkan parti itu minggu lepas.
Dalam satu hantaran di Facebook rasminya, bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji itu berkata penahanan beliau merupakan harga yang perlu dibayar untuk perjuangan Umno.
Semalam Abdul Azeez bersama abang dan sepupunya ditahan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Putarjaya.
“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah perjuangan. Jika saya telah keluar dari Umno minggu lepas, anda tidak akan lihat saya begini (berbaju lokap SPRM dan bergari) hari ini.
“Namun walau apa pun dugaan atau rintangan atau ugutan yang datang, hatta ke penjara sekalipun saya tetap tidak akan meninggalkan perjuangan parti keramat Umno ini,” kata Abdul Azeez.
Kenyataan itu dibuat selepas dakwaan bahawa ada pemimpin Umno diugut dengan tindakan mahkamah jika mereka tidak meninggalkan parti itu.
Tidak lama selepas pilihan raya umum 9 Mei, pihak berkuasa menyerbu kediaman Azeez di Selangor dan Kedah, serta merampas wang tunai dan barang berharga.
Azeez mendakwa tidak semua jam tangan berjenama yang dirampas oleh pihak berkuasa adalah tulen.
Bernama kemudian melaporkan serbuan itu bertujuan membantu siasatan berhubung pelantikan kontraktor melibatkan projek-projek Tabung Haji.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana meminta atau menerima suapan serta Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
Sebelum ini, ahli majlis tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam mendakwa kerajaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan AMLATFA sebagai "ISA baru".
Azeez, abang dan sepupunya ditahan pada 25 Sept dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari berikutnya dengan berpakaian warna oren dan bergari.
Mk.

1 comments:

Unknown said...

Waduuhh. Apa punya statement pak nana ni buat. Mcm org giler buntut lembu

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena