Saturday, 1 September 2018

[Video Kongres Bumiputera: Terdiam Wanita Ini Dengar Tun Dr Mahathir Kritik Kelantan] "Merdeka tok hang la barua..." Indahnya bahasa Lebai ni! Najib akan jadi PM sekali lagi?

Sabtu, 1 September 2018

Foto Otai BERSIH.
Indahnya bahasa Lebai pd Dato' Mahfuz Omar.
Foto Otai BERSIH.
Apabila orang kuat Umnogok buat posting tunjuk kebodohan nya ..
https://www.facebook.com/rafael.aljamalulail

NAJIB AKAN JADI PERDANA MENTERI SEKALI LAGI?


Meskipun tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Najib Razak tetap menjadi bahan berita di media-media massa melalui pelbagai cara yang terus dilakukannya sejak kehilangan kuasa pada 9 Mei lalu.

Selain lebih kerap menulis di laman sosial untuk memberi reaksi atau menjawab pelbagai isu yang dikaitkan dengan dirinya, Najib juga beberapa kali memenuhi permintaan media bebas untuk menemubualnya secara peribadi - suatu hal yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga turut muncul di majlis tertentu seperti baru-baru ini menghadiri majlis tahlil dan doa selamat  pada malam merdeka serta "berkelah" di Taman Tasik Perdana bersama kira-kira 100 orang penyokongnya sempena hari kemerdekaan.
Untuk menjadikannya lebih dijadikan perhatian, Najib juga selalu muncul di tempat-tempat awam seperti makan minum bersama keluarganya serta pergi sendiri ke kaunter stesen minyak untuk membayar petrol.

Semua perlakuan Najib itu, sesuai dengan era media sosial di mana semua orang ada kamera di tangan masing-masing dan kekerapannya yang kadang-kadang sampai tiga hari sekali menulis di laman sosial untuk menjawab isu-isu yang dituju atau terkait dengannya, ia dengan sendirinya menjadikan beliau tidak pernah sunyi daripada muncul di dada-dada media.

Satu lagi kelebihan Najib ialah, walaupun ketika ini sedang berhadapan dengan tujuh pertuduhan di mahkamah, di rumahnya ditemui wang dan barangan kemas bernilai RM1.1 bilion serta diri dan keluarganya diperkatakan ramai dengan skandal mega 1MDB, beliau tetap "sardin" seolah-olah tidak bersalah dan suci bersih macam bayi yang baru dilahirkan.
Apakah tujuan Najib melakukan semua itu?

Bukankah dengan tujuh pertuduhan  mahkamah yang sedang dihadapinya dan banyak lagi bakal menunggu, beliau sepatutnya duduk diam-diam dan memberi perhatian sepenuhnya kepada kesnya?

Apa lagi yang Najib mahukan sebenarnya?

Melalui maklumat daripada beberapa pihak yang rapat dan merupakan penyokong kuatnya sebelum ini, Najib dilaporkan melakukan semua ini bukan saja untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, malah sebagai persediaan untuk membuat kemunculan buat kali kedua untuk merebut kembali kerusi Perdana Menteri yang dalam PRU14 lalu terlepas kepada Tun Mahathir Mohamad.
Kecuali disabitkan dengan hukuman mahkamah yang melarangnya daripada bertanding, Najib pasti akan terus menawarkan diri sekali lagi di Parlimen Pekan.

Penyokong dan pentaksubnya percaya, berikutan kerajaan Pakatan Harapan sedang berdepan pelbagai isu dan masalah sekarang ini, UMNO mampu meraih kembali sokongan rakyat dan menang dalam pilihanraya akan datang.

"Tetapi UMNO hanya akan menang jika sedia melaburkan banyak wang dan dalam hal ini hanya Najib yang ada duit serta sedia melaburkan wangnya.

"Najib akan mengulangi sejarah Tun Mahathir yang berjaya menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali," kata penyokong dan pentaksub Najib itu dengan penuh yakin.

Lagi pun, kata penyokong dan pentaksub itu, jika Tun Mahathir yang berusia 93 tahun mampu melakukannya, apa yang mustahilnya dengan Najib yang belum pun berusia 70 tahun?

Tentang persaingan menjadi Perdana Menteri jika UMNO menang berikutan Najib tiada apa-apa jawatan kecuali Ketua UMNO Pekan, mereka mengatakan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO tiada masalah untuk menyerahkan jawatan itu kepada Najib berikutan dia adalah “budak Najib” buat selama-lamanya.

Zahid Hamidi, kata mereka, akan bertolak ansur dan sedia memberi laluan kepada Najib untuk kembali sebagai Perdana Menteri. (ShahbudinHusin 01/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena