Saturday 1 September 2018

[Video PROJEK PROJEK BN yg telah MEMISKINKAN Negara & Lokman gelar Dr M 'si tua puaka', 'mamak bendahara'] Forest City - Sultan vs Mahathir-China? Kian meroyan geng pembangang ni? Kah3! & Menteri akur arahan PM lantik maksimum 10 pegawai.

Ahad, 2 September 2018



Image result for FOREST CITY & SULTAN JOHOR
Forest City - Sultan vs Mahathir-China... 
Tumpang sekole.

Lokman gelar Dr M 'si tua puaka', 'mamak bendahara'

Lokman gelar Dr M 'si tua puaka', 'mamak bendahara'. Kian meroyan geng pembangang ni...

Menteri akur arahan PM lantik maksimum 10 pegawai

Kementerian Kesihatan mengesahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi arahan agar setiap kementerian mengehadkan bilangan pegawai kepada seramai 10 orang.
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli Ahmad berkata pihaknya akur dengan arahan terbabit dan akan memanfaat jumlah pegawai sedia ada.
"Kita juga tidak ada masalah untuk mematuhi arahan PM kerana perkara itu juga kerap dibangkitkan walaupun ada beberapa menteri mahukan bilangan yang lebih tapi akhirnya semua bersetuju (dengan arahan itu)," katanya.
Beliau berkata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik misalnya sebelum ini meminta supaya lebih ramai pegawai dilantik memandangkan Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah pentadbiran dahulu kini digabungkan dengan Kementerian Pendidikan.
"Sebagai contoh, penggabungan (merger) antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, seluruh tugas digalas oleh Menteri Pendidikan yang asalnya inginkan jumlah pegawai yang lebih.
"Bagaimanapun, segala isu akhirnya dapat ditangani," katanya selepas melancarkan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2018, hari ini.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan anggota kabinet tidak dibenarkan melantik lebih 10 pembantu atau pegawai khas seperti pentadbiran terdahulu.
Sumber daripada kakitangan kementerian berkata, setiap menteri hanya dibenarkan melantik setiausaha akhbar dan tiga pegawai khas, tidak seperti sebelum ini apabila seorang menteri kanan boleh melantik sehingga 35 pegawai.
Sumber itu berkata lantikan politik oleh pentadbiran terdahulu dibayar gaji mereka oleh syarikat swasta kerana sesebuah kementerian tidak mempunyai bajet mencukupi.
Dilaporkan baru-baru ini pekeliling 2012 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dikeluarkan kepada menteri kabinet yang menyatakan seorang menteri hanya boleh melantik seorang pegawai khas, seorang setiausaha sulit dan seorang setiausaha akhbar.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena