Saturday 10 November 2018

[Trailer POLIS EVO 2 Di Pawagam 22 November] Polis Evo 2 'filem sampah'? Dakwaan AJK Pusat PAS! Hangpa pi tengok sendirik...nilaikan sendirik.

Sabtu, 10 November 2018

AJK Pusat PAS ajak rakyat boikot 'filem sampah' Polis Evo 2

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Riduan Md Nor hari ini menggesa rakyat Malaysia memboikot filem Polis Evo 2 yang kini ditayangkan di pawagam.
Beliau mendakwa filem itu cuba memberi imej buruk kepada Islam dan tindakan boikot itu boleh memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat dalam filem itu.
"Apabila saya membaca sinopsis filem (Polis) Evo 2 yang diarahkan pengarah suam-suam kuku yang cuba memalitkan imej buruk pada umat Islam, maka saya mengajak rakyat memboikot filem sampah ini.
Filem bergenre aksi komedi itu mengisahkan tindakan polis membanteras sekumpulan pengganas yang menduduki sebuah pulau terpencil, bersama beberapa ratus penduduk.
Konflik timbul apabila kumpulan itu - diketuai Hafsyam Jauhari lakonan Hasnul Rahmat - menjadikan penduduk pulau itu sebagai tebusan.
Menerusi trailer yang dimuat naik di Youtube, Hafsyam dilihat mengenakan serban dan memberikan ceramah berbentuk agama. Dia juga dipaparkan mendesak polis memulangkan seorang individu bernama "Imam Husyairi".
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena