Thursday 8 November 2018

[Video 10 Gambar Kemewahan Equanimity Milik Jho Low Yang Dirampas] Apalah jadinya nanti nasib UTUSAN, nasib UMNO & nasib JHO LOW 2019? Equanimity (Tenang dalam gelora).

Jumaat, 9 November 2018
Image result for Foto Jholow
Altered states: The many possible faces of Jho Low
Image result for utusan malaysia dan umno
Tumpang sekole.
Nasib Utusan Meloya sama  dengan nasib UMNO...
Nasib surat khabar syarikat akhbar Utusan Melayu sama sahaja dengan nasib parti yang mendokongnya. Seorang demi seorang pengarang akhbar itu yang berundur sambil memburukkan akhabr berkenaan. Macam pemimpin Umno jugalah. 

Masing-masing menyalahkan akhbar berkenaan yang tidak mahu berubah. Soalnya siapakah pemimpin akhbar berkenaan selama ini, bukankah anda semua? 

Kenapa idea dan saranan anda selepas berundur atau bercadang untuk berundur yang dilihat lebih membangun tidak dituangkan semasa anda berada dalam syarikat berkenaan. Inilah manusia kalau prinsipnya seperti batang keladi. 

Nasib akhbar itu kini samalah dengan nasib Umno. Pemimpin Umno juga seorang demi seorang berundur kononnya hendak berihat kerana sakit. Kedua-duanya bukan saja perlu di rebranding tetapi perlu dihancur terus dan segala macam komponennya dibuat barang baharu. Macam benda terpakai yang di recycle. - MSO 

Equanimity (Tenang dalam gelora). 
1. Nama Jho Low(JL) mulai menjelma dalam senarai individu yang rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
2. JL dilaporkan terlibat dengan Riza Aziz, anak tiri Najib dalam pembelian sebuah unit kondo mewah di bangunan The Warner Center yang bernilai RM 117 juta di tengah-tengah bandar New York. 
3. JL juga telah membantu syarikat perfileman Riza yang telah menerbit The Wolf of Wall Street (2013) dan Dumb and Dumber To (2014). 
4. JL dikatakan sebagai ‘arkitek utama’ Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), sebuah dana pelaburan bebas negeri tersebut. 
5. Nama JL tiba-tiba melantun ke papan atas dan menjadi selebriti terkemuka Malaysia ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood Paris Hilton. 
Image result for Foto Jholow
6. Nama sebenarnya ialah Low Taek Jho, namun hanya dikenali sebagai Jho atau Jho Low. 
7. Berusia sekitar 35 tahun, JL ialah anak kelahiran Pulau Pinang kepada jutawan Larry Low, anak tauke tenunan Pulau Pinang, yang mendapat gelaran Tan Sri pada tahun 2013. 
8. JL membesar di Georgetown, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan elit di Harrow School, England. 
9. JL kemudiannya melanjutkan pelajaran di Wharton School of the University of Pennsylvania di Amerika Syarikat. 
10. JL mula mendapat perhatian umum semasa berusia 20-an apabila menghabiskan ribuan US dolar bersama rakan-rakannya di kelab malam sekitar Manhattan, Amerika Syarikat. 
Related image
11. Difahamkan JL telah membeli sebuah penthouse di Time Warner Center yang bernilai RM109 juta dengan menggunakan syarikat rahsia pada 2011. Banyak lagi aset yang dibeli Jho Low menggunakan duit curi 1MDB. 
12. Namun banyak yang sudah disita oleh DoJ termasuk hotel, apartmen mewah, lukisan klasik, filem Hollywood dan jet peribadi. 
13. Jho Low dikaitkan sebagai pemilik kapal mewah, bernama Equanimity yang berharga RM1 bilion, yang bermaksud tenang dalam gelora. 
14. JL kini menjadi buruan antarabangsa (international fugitive) dan dikehendaki di 5 buah negara. - f/bk 
Tumpang sekole.
Image result for Foto Jholow

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena