Tuesday 6 November 2018

[Video 'Hantu Raya' Dah Keluar Tu! Kah3] Go, go Sapa JUARA PIALA MACC? Ahmad Awang hadiri Muktamar Tahunan Ulama Islam Sedunia & Hadi tak pertahan jawatan kesatuan ulama dunia.

Selasa, 6 November 2018

Image may contain: 3 people, people standing and text

Ahmad Awang hadiri Muktamar Tahunan Ulama Islam Sedunia

Ahmad  Awang hadiri Muktamar Tahunan Ulama Islam Sedunia
Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Datuk Seri Ahmad Awang menyertai kira-kira 1,500 ahli Kesatuan Ulama Sedunia (International Union of Muslim Scholars – IUMS) di Istanbul, Turki.
Muktamar Tahunan Ulama Islam Sedunia kali ke-5 itu diadakan di Hotel Grand Cavahir Istanbul bermula 3 hingga 9 November ini.
Penasihat AMANAH itu terpaksa hadir lewat kerana perlu menghadiri Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke-62 di Istana Iskandariah kelmarin.
Menurut kenyataan di laman facebook beliau, antara agenda utama kali ini adalah pemilihan barisan kepimpinan yang baharu dalam IUMS.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara pemimpin ulama dari Malaysia yang diangkat menjadi Naib Presiden IUMS hingga kini.
Katanya, dalam ucapan terakhir Sheikh Yusuf al-Qardhawi kepada IUMS dan umat Islam seluruhnya, beliau menyeru agar umat Islam bersatu dan menggembleng tenaga untuk sekali lagi menjadikan Turki sebagai pusat kekuasaan dunia Islam.
“Ali Erbaş, ketua pentadbiran badan agama Islam Turki (Diyanet İşleri Başkanlığı – DİB) menyeru agar umat Islam bekerjasama untuk membina masa depan yang lebih baik melalui pendekatan yang realistik, konstruktif dan holistik serta meyakinkan,” ujar Ahmad lagi.
IUMS diasaskan ulamak kontemporari Yusu al-Qardwi pada 2004 dan kini ia berpusat di Doha, Qatar.
MD.

Hadi tak pertahan jawatan kesatuan ulama dunia

Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mempertahankan jawatannya dalam Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) yang bersidang di Istanbul, Turki ketika ini.
Menurut setiausaha politiknya Syahir Sulaiman Abdul Hadi memang sudah menyatakan pendiriannya itu sebelum mereka berangkat dari Malaysia ke Istanbul lagi.
Abdul Hadi berlepas ke Turki untuk menghadiri perhimpunan berkenaan pada Jumaat lalu.
Kata Syahir selepas waktu pencalonan ditutup pada jam 9 malam (waktu Turki) Abdul Hadi tidak menyerahkan borang pencalonan kepada urus setia KUIS.
"(Abdul hadi membuat keputusan) selepas mempertimbangkan keterbatasan komitmen dan (faktor) kesihatan, namun bersedia terus menyumbang idea dan pandangan untuk kebaikan KUIS," katanya dalam satu kenyataan tengah hari ini.
Untuk rekod KUIS dipimpin ulama dihormati dunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi, manakala Abdul Hadi sebelum ini dipilih menjadi salah seorang naib presidennya.
Menurut Syahir hasrat Abdul Hadi untuk tidak mempertahankan jawatan dalam KUIS juga dinyatakan kepada beberapa pimpinan tertinggi badan itu.
Katanya pemilihan akan berlangsung pada 7 Nov dan keputusan rasmi akan diumumkan menjelang penutup persidangan pada 8 Nov.
KUIS pernah mengecam Abdul Hadi kerana tindakan presiden PAS menghadiri persidangan di Tehran, Iran, pada hujung Dis 2016.
Dalam kenyataan terbukanya Yusuf berkata tindakan Abdul Hadi "tidak boleh diterima" memandangkan pembabitan Iran dalam perang di Syria.
"KUIS mengutuk ziarah ini yang dilakukan pada waktu ini (ketika puak Syiah dan Sunni berperang), dan ia dianggap ziarah yang tidak boleh diterima daripada mana-mana pihak pimpinan di dalam KUIS.
"Kunjungan berkenaan tidak dianggap mewakil KUIS tetapi atas kapasiti peribadi sahaja.
"Ketika ini KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi untuk menarik diri daripada kunjungan yang tidak pernah dipersetujui ini, tidak kena pada masanya dan tidak juga pada tempatnya!" kata kenyataan berbahasa Arab berkenaan. 
Mk.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena