Friday 9 November 2018

[Video IQ Carrot! AMUKAN THE LOBAKMAN melucukan] Dr M jelaskan kenapa nasihat Zahid bubar Umno & K'jaan Perak tak akan campur tangan pemilihan presiden baru PAFA.

Jumaat, 9 November 2018
Malaysians wasted no time joining in the mockery and dubbed Lokman, 'Lobakman', meaning 'Carrotman'. รข€” Picture by Miera Zulyana

Dr M jelaskan kenapa nasihat Zahid bubar Umno

Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan nasihat yang pernah diberikan beliau kepada Zahid Hamidi supaya membubarkan Umno.
Dalam suatu hantaran video di Facebooknya, Mahathir berkata beliau memberitahu Zahid yang juga presiden Umno sekarang bahawa Umno yang ada hari ini sudah menyeleweng daripada prinsip perjuangannya.
"Saya suruh dia bubarkan pasal Umno sudah tiada lagi. Secara benar sudah tidak ada Umno cuma suatu badan yang berdaftar.
"Tapi prinsip perjuangannya sudah tidak ada. Apa perlunya ahli-ahli Umno ini kekal di dalam parti yang sudah tinggal perjuangannya mengutamakan duit. Cash is king.
"Sebab itu Umno yang semacam itu perlu dibubar," kata Mahathir mengulas ucapan Zahid pada persidangan tahunan MIC baru-baru ini.
Menurut laporan FMT, Zahid berkata pesanan Mahathir dalam pertemuan itu cukup jelas bermaksud Umno perlu dibubarkan dan anggotanya menyertai Bersatu.
Zahid mengaku dua kali bertemu Mahathir selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Md.

K'jaan Perak tak akan campur tangan pemilihan presiden baru PAFA

Kerajaan negeri tidak akan campur tangan dalam urusan pemilihan calon Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang baharu bagi menggantikan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang meletakkan jawatannya semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan How berkata ini kerana pendirian kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mencampuri hal ehwal dalaman mana-mana persatuan sukan.
"Saya ingin tegaskan hal persatuan adalah hak persatuan serta anggota dan AJK (anggota jawatankuasa) persatuan dan kerajaan negeri tidak akan sekali-kali masuk campur.
"Inilah pendirian kerajaan Persekutuan, mahu pun kerajaan negeri memberi 'kemerdekaan' kepada penggiat-penggiat bola sepak untuk membuat keputusan tanpa campur tangan daripada pihak pentadbiran kerajaan," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.
Dalam pada itu, Lee turut memuji tindakan Hasnul yang meletakkan jawatan atas rasa tanggungjawab susulan daripada aksi dan tindakannya yang dianggap keterlaluan dalam meraikan kejayaan bersama Piala Malaysia yang dimenangi pasukan ‘The Bos Gaurus’.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena