Thursday 10 January 2019

[Video 1MDB - SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA] PH boleh terima bekas pegawai Jasa, tapi ada syarat & Polis berkas lelaki tampar pembantu kedai di P Pinang.

Khamis, 10 Januari 2019
Daulat Tuanku....!
Foto Otai BERSIH.

PH boleh terima bekas pegawai Jasa, tapi ada syarat

Penyerahan borang permohonan bekas pegawai Jasa menjadi anggota Bersatu pada 9 Jan 2019
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak berhalangan dengan kemasukan bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) ke mana-mana parti mereka, namun ia perlu ditangani secara berhati-hati.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata fahaman individu yang ingin menyertai PH mestilah selaras dengan perjuangan yang dibawa gabungan itu.
Katanya, jika ia dapat dicapai, maka pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menerima bekas kakitangan tersebut yang selama ini memang dikenali bekerja untuk kepentingan BN semasa ia menjadi kerajaan.
“Kalau mereka menyertai dan mereka bawa fahaman selaras dengan apa yang dibawa PH sekarang, tak ada masalah.
"Kalau tidak, maka dengan sendiri mereka akan terpinggir dalam Bersatu,” ketika dihubungi Malaysiakini.
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan 60 bekas bekas kakitangan badan propaganda BN yang menyerahkan borang keahlian kepada Bersatu, semalam.
Untuk rekod, Jasa ialah agensi yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. 
Akui buat salah
Beberapa tokohnya memang terkenal sebagai penyokong tegar kerajaan terdahulu, terutama Najib Razak. Antara mereka ialah bekas anggota parlimen Batu Pahat Dr Puad Zarkashi.
Bagaimanapun selepas PH menguasai Putrajaya Jasa dibubarkan.
Salah seorang pemimpin PKR, Rafizi Ramli, berkata berdasarkan dokumen perbelanjaan kerajaan persekutuan, Jasa mempunyai 272 kakitangan dengan hampir separuh daripadanya berada dalam badan itu melalui lantikan politik.
Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, pula berkata kemasukan bekas kakitangan Jasa itu tidak memberi nilai tambah kepada PH sekiranya mereka tidak menyumbang dengan kemahiran yang ada pada mereka.
Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya berkata pihaknya mengambil maklum mengenai penyerahan borang tersebut namun, segala keputusan sama ada menerima mereka atau tidak, terletak pada pimpinan parti.
“Saya dimaklumkan mereka hantar borang. Macam biasa, kita tak halang sesiapa hantar borang tapi kita juga perlu buat pendirian dulu sebelum buat keputusan,” katanya.
Beliau juga berpendapat, tidak ada keperluan untuk menubuhkan badan propaganda seperti Jasa dalam PH.
“Kita dah ada badan penerangan, kita rasa ia tak dibincangkan lansung, saya rasa tak ada keperluan.
“Apa-apa kena ikut saluran parti. Kita ada ketua penerangan kita dan kita akan kerja ikut parti kita,” katanya.
mk.

Polis berkas lelaki tampar pembantu kedai di P Pinang

Polis telah menahan lelaki yang menampar seorang pembantu kedai perempuan di sebuah kedai runcit di Bayang Lepas, Pulau Pinang.
Rakaman video litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksinya tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A Anbalagan berkata, suspek diberkas di Jalan Nuri Sg Ara, Bayan Lepas.
"Suspek mengaku menampar mangsa kerana tidak dapat mengawal kemarahannya.
"Dia berusia 47 tahun dan beralamat di Butterworth. Dia seorang ahli perniagaan, berkahwin dan negatif dadah," katanya.
Kira-kira pukul 8.40 pagi Selasa lalu, lelaki itu dirakam CCTV menampar seorang pembantu kedai apabila diberitahu dia hanya boleh membeli dua paket minyak masak - bukannya tiga paket seperti yang dimahunya - ekoran bekalan terhad.
Dia juga mengancam perempuan berusia 29 tahun itu dan berkata "jaga-jaga" sebelum meninggalkan tempat kejadian.
Insiden itu tular di media sosial dan mengundang pelbagai komen orang ramai.
Adun Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa ia "bukan isu perkauman tetapi kemanusiaan".
Menurut Anbalagan, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau untuk siasatan lanjut.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena