Masuk kelas Canada, Denmark, Egypt...
Cikgu-cikgu nampaknya makin kreatif. Jika dulu bilik darjah sering menggunakan nama bunga dan warna, kini nama negara turut digunakan.
Sebuah sekolah di Putrajaya menggunakan nama negara untuk kelas mereka, antaranya Canada, Denmark, Egypt dan Finland – yang dieja dalam bahasa Inggeris.
Hari ini ialah hari pertama persekolahan untuk tahun 2019.
Dr Mahathir: Dulu Cina miskin, kerja kuli
Peluang yang diberikan oleh negara dan budaya kerja orang Cina menjadikan masyarakat itu berjaya, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
"Peluang dari sejak awal lagi... Saya perhatikan orang Cina yang datang ke sini ketika zaman kanak-kanak saya. Mereka sangat miskin, bekerja sebagai kuli.
"Pengasas Genting Lim Goh Tong juga kuli, tiada apa-apa. Tetapi budaya mereka mendorong untuk rajin bekerja, berniaga dan hasilnya mereka berjaya," katanya.
Beliau berkata demikian pada wawancara bersama akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini.
Dr Mahathir turut mengimbau zaman kanak-kanaknya pergi ke sekolah menaiki beca roda dua yang ditarik kuli orang Cina.
"Dulu waktu saya ke sekolah saya naik lanca yang ditarik orang Cina.
"Waktu itu, ketika mereka datang mereka sangat miskin tetapi anak dan cucu mereka sangat berjaya. Kenapa mereka boleh berjaya? Tentulah kerana Malaysia menawarkan peluang untuk mereka.
"Tapi orang Melayu, budaya mereka santai (laidback)," jelasnya.
Kelemahan Melayu
Dalam wawancara itu juga, pemberita bertanyakan perdana menteri mengenai kegagalan mencapai matlamat membantu bumiputera selama lebih 60 tahun.
Mengulas soalan itu, Mahathir berkata hal ini disebabkan budaya dan sistem nilai yang salah.
"Terdapat kelemahan di kalangan orang Melayu, budaya mereka salah. Jadi kami mahu mengubahnya. Kali ini kami mahu mengubah budaya mereka, sistem nilai mereka.
"Mereka mesti bekerja keras, rajin seperti orang Cina. Mereka perlu faham dalam perniagaan sangat penting untuk amanah, untuk membayar hutang - semua ini perlu ditanam ke dalam (pemikiran) mereka," jelasnya.
Dalam wawancara itu juga, Mahathir turut memberi contoh kisah orang Melayu yang menemukan bijih timah di bawah rumahnya.
"Misalnya, saya beritahu orang Melayu jika terdapat bijih timah di bawah rumah kamu, maka kamu perlu menggali dan melombongnya sendiri sebelum menjadi kaya tetapi kamu lebih suka meminta orang Cina melombongnya dan kamu mendapat sedikit hasil.
"Kerana itulah kamu gagal. Kamu perlu melombongnya. Kamu perlu buat sendiri," katanya lagi.
mk.
0 comments:
Post a Comment