Tuesday 1 October 2013

Alahai Shahidan Kassim - Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah...Datanya sesedap mulut bercakap!

Selasa, 1 Oktober 2013
Malaysia paling telus dan terbersih rasuah – Shahidan Kassim [2012 Malaysia ke-54]
Transparency International

Lunaknya menteri menjawab,  Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Menteri di JPM, Shahidan Kassim. Datanya sesedap mulut bercakap, realiti sebenar sebaliknya.

Shahidan juga mendakwa Malaysia juga mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


“Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana,” kata Shahidan pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Dia nafikan Malaysia negara yang kerap mengamalkan rasuah dan dakwaan dibuat Ernst & Young tak patut dikeluarkan. Laporan tersebut menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.

Kalau laporan 2012 [laporan 2013 belum dikeluarkan], Transparency International meletakkan Malaysia ke-54 rasuah. Tentu Shahidan juga akan berkata ia tak patut dikeluarkan. Mungkin Malaysia menyamai Denmark di tempat pertama, tak pun menghampiri Finland terbersih rasuah. Juga Shahidan juga boleh berkata Malaysia setaraf Singapura di tempat kelima terbersih rasuah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena