Wednesday 1 January 2014

Mufti Perak 'berpolitik' lagi?: Pendemo “dihalalkan darah" (tidak berdosa jika mereka dibunuh)

Khamis, 2 Januari 2014

Gambar: Sudah 2,3 siri demontrasi jalanan rakyat sebelum ini telah membuktikan..rakyat hanya ingin menyampaikn mesej kepada kerajaan dgn aman. Walaupun pelbagai hasutan media..tv..drama bom..ugutan tangkap dari pihak keraaaajaan..tetapi demo tetap berjalan dgn aman.ucapan tahniah kepada abg2 polis kerana kali ini tiada lagi agent provocatuer seperti bersih.tiada lagi kereta polis yg diterbalikkan..dan tiada lagi semburan hujan kimia & bom pemedih mata.kpd siapa lagi rakyat nak percaya kalau bukan polis? Sila teruskan track tecord yg baik ini supaya polis lebih dihormati dan tidak dilabel sebagai anjing politikus..

* datuk amar singh..lain kali sila sebut betul2..kuih bom,,bukan bom tangan !

himpunan guling


Peserta demonstrasi Turun berjaya merempuh benteng polis untuk masuk kawasan Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Disember, 2013.

Isu Mufti Perak, wajar dikumpulkan semua sadiqiah Islam dan bahaskan 'fatwa' beliau

Mufti Perak berpolitik lagi. Beliau menganggap perserta himpunan TURUN baru-baru ini patut ditangkap kerana mereka menderhaka kepada kerajaan. Kenyataan beliau yang dikatakan disiarkan oleh Berita Harian itu elok dibahaskan oleh semua sadiqiah Islam, baik dari dalam dan luar negara kerana ia membabitkan tuduhan beliau yang mereka ini derhaka kepada kerajaan dan halal darah mereka. Yang beliau sebutkan sebagai halal darah mereka ini bermakna peserta perhimpunan ini tidak berdosa jika mereka dibunuh.

Ini merupakan satu ‘fatwa’ yang sangat mengelirukan dengan membabitkan PAS sebagai sebuah parti yang menjual agamanya. Akhir-akhir ini terlalu ramai ‘ulama’ yang membuat fatwa dan bertopengkan kepada jawatan dan kedudukan mereka dalam masyarakat yang dilantik oleh kerajaan. Oleh kerana islam ini ‘universal’ elok perjumpaan dan diskusi tentang isu ini dilakukan dan dihadiri oleh semua alim ulamak seluruh dunia.

Saya mencadangkan supaya dihimpunkan semua sadiqiah Islam seluruh dunia kerana ini amat berat isunya. Mufti politik ini telah beberapa kali menjadi isu kepada rakyat khususnya orang Islam sendiri.

Saya bukan mahir dan alim dalam agama tetapi saya tahu ada perkara yang amat salah yang diperkatakan oleh mufti ini. ‘Once and for all’ elok semua perbadan NGO dan parti politik negara ini menganjurkan forum perdana dan dibahaskan isu ini secara terbuka kerana ini amat berat isunya. Kita mahu tahu juga siapa sebenarnya menjual agamanya.

Sekarang kita sudah tidak tahu lagi yang mana satu yang betul dan yang mana satu yang salah lagi. Jika dipandang dari sudut negara kita maksud beliau itu kita mesti jangan menentang kerajaan yang ada walaupun semungkar mana pun kerajaan itu.

Saya tidak yakin agama kita menyuruh kita menyokong yang mungkar jika itu persepsi rakyat. Yang kita faham hanya satu. Kita mesti menyokong apa yang dikatakan ‘amar makruf nahi mungkar’.

Tetapi mufti ini lain pula ajarannya. Mungkin saya ini orang yang terlalu jahil tetapi ada juga keyakinan saya yang mufti ini telah mengeluarkan ‘fatwa’ yang sangat tidak betul. Saya seorang beragama Islam dan bukannya pandai dan mahir bab agama. Tetapi saya juga faham, ‘there is something so wrong here’.

Maka perhimpunan seramai mana sadiqiah Islam wajar diadakan kerana jika mufti ini menyelewengkan hukum, beliau amat merbahaya kepada rakyat dan negara. Dalam pemikiran saya sepintas lalu sekarang ini, elok usaha ini dianjurkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu yang mempunyai 'authority' dalam mengendalikan hal agama Islam membuat initiatif bagi mengumpulkan seramai mana ulamak Islam seluruh dunia dan kita perbahaskan isu berat ini sampai ke akar umbinya.

Jika benar 'fatwa' Mufti ini maka kita akan melihat puluhan ribu manusia yang darah mereka halal dan boleh dibunuh dan ia adalah tindakan yang tidak berdosa
mengikut 'fatwa' gila ini.

Harussani - Darah Peserta Demo Halal..


Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golonganbughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.


Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.



“Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena