
Tuesday, 11 February 2014
Pasal Bola Pun Nak Bersumpah Guna Al-Quran...
Selasa, 11 Februari 2014

Hanya di Malaysia...
Pada saya, bersukan adalah untuk menjaga kesihatan selain merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita. Jadi, tidak baiklah kalau hasrat murni di dalam bersukan ini dicemari dengan pergaduhan dan permusuhan sesama kita. Apa yang saya lihat sekarang, mutu sukan bolasepak kita masih ketinggalan jauh dengan negara lain.
Saya sempat berada dan menjadi peminat bolasepak negara tahun 70-an dan 80-an, iaitu pada masa itu pasukan bolasepak kita disegani. Pasukan bolasepak negara setanding dengan pasukan lain gergasi seperti Korea Selatan, Jepun dan Ghana dalam Pestabola Merdeka. Walaupun sudah jauh ketinggalan berbanding dahulu, sekarang saya lihat minat rakyat kita kepada bolasepak semakin meningkat dalam setahun dua ini.
Pada saya, beberapa permasalahan yang berlaku hendaklah diselesaikan dengan baik. Kalau di gelanggang, kita ada pengadil dan penganjur. Manakala di luar padang, kita serahkan kepada pihak polis menyelesaikan sekiranya ada laporan yang melibatkan jenayah seperti pergaduhan.
Perlukah Bersumpah Guna Quran?
Ada kenyataan dari satu pihak yang hendak bersumpah menggunakan Al-Quran bagi menegakkan satu hujah yang melibatkan perselisihan dalam sukan bolasepak ini. Saya tak mahu ulas panjang berkenaan hal ini.
Pada saya, eloklah pihak berkuasa seperti Majlis Fatwa Kebangsaan menjelaskan mengenai isu ini dan membuat satu kenyataan bagi meredakan isu ini. Iaitu, perlukah bersumpah menggunakan Al-Quran dalam isu-isu melibatkan sukan atau perbalahan yang berkaitan dengan sukan ini?
Perkara mengenai sumpah-sumpah ini tidaklah boleh dilakukan sebarangan dan perlu ada garis panduannya. Kalau perkara ini berlaku pada tempat yang tidak sepatutnya, maka kesucian Islam akan tercemar.
1 comments:
- aji ibanez said...
-
aku sebenarnye pelik dgn sukan bola ni...menurut catatan sejarah, asal tercipta sukan bola ni bermula selepas kepala seorang pejuang islam dipancung dan disepak2,maka wujudla sukan bola sepak sehingga hari ni...sukan bola sepak ni penuh dgn tipu daya yang tiada kesudahan..dahla buang masa penonton 2 jam lebih tggu depan TV tunggu gol.yang pergi stadium dah dtg stadium bermula 5 petang...lps tu ade masa pengadil xbetul,ade masa pemain plak berlakon buat2 jatuh atau sbgnye...ade plak keputusan perlawanan telah diatur....entah ape2....ni plak isu terbaru siap angkat sumpah ......sukan yang ganas mcm ragbi,hoki xde plak mcm ni.........pelik sungguh...tu pon ramai yg tergila2 kan bola sepak...
-
13 February 2014 at 20:04
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Ahad, 27 Julai 2014 Salam & Selamat Idul Fitri 1435 H / 2014 M - Putera-puteraku di California USA & UK Abah, ibu & ad...
-
Jumaat, 17 Januari 2014 Punca Siti Najwa Atikah mati di Tasik UNIMAS - Penempuan mayat Siti Najwa Atikah di dalam sungai berdekatan...
-
Selasa, 11 Jun 2019 Jom Channel Bekas Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Pusat KEADILAN dan jugaKetuaBiro Perundangan parti itu Latheefa Koya,...
-
Ahad, 2 November 2014 Buletin Pakatan Rakyat shared Titian Maksirat II 's status . 3 hours ago si penari tiang, didenda...
-
Sabtu, 14 Januari 2017 Suara Rakyat 6 min · KENAPA DAH KANTOI baru nak ditangguhnya !!! Bayangka...
-
Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penuli...
-
Selasa, 12 Mac 2019 Otai BERSIH Ada Pemimpin ISMA..PAS dok ceramah sana sini, kata slogan Rahmatan Lil A'lamin ni agenda Libera...
-
Khamis, 14 Mac 2019 Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini sekali lagi menyuarakan tawaran untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Pera...
-
Isnin, 11 Mac 2019 KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keadaan politik pembangkang di negeri itu dido...
-
Rabu, 21 November 2018 Dr Rozaimi Ramle - Dajjal itu Manusia Tumpang sekole. ICERD: Perlukah lagi bantahan 8 Disember 201...





1 comment: