Tuesday 11 March 2014

Mystery of MH370: Masuk Ke Alam Jin & Kembali.. -Tuan Ibrahim Tuan Man

Rabu, 12 Mac 2014

Objek MH370 Masuk Ke Alam Jin & Kembali.. -Tuan Ibrahim Tuan Man


KUALA LUMPUR: Kehilangan MH307 sebagai suatu yang misteri, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi facebook.

“Apakah mungkin objek di alam manusia boleh memasuki alam jin, sehingga ia hilang dari pandangan mata manusia dan alat pengesan manusia seperti radar, GPS dan lain-lain,” ujarnya.

Ini, katanya kita biasa mendengar kehilangan misteri manusia beberapa hari, sehingga ia 'kembali' semula ke alam manusia. 

“Ia bukanlah satu perkara pelik, sama ada kita ingin mempercayainya atau tidak. 
“Namun hakikat yang kita wajib percaya wujudnya alam jin dan alam malaikat di sebalik alam manusia ini,” ujarnya.
Justeru, tanya beliau apakah mustahil sesuatu objek memasuki alam tersebut, sehingga ia kembali atau terus hilang tanpa dapat dikesan. 

“Semuanya dalam kekuasaan Allah. Maka sebagai hamba Allah, jangan putus asa, memohon, merayu dan berdoa. Di saat ini jauhi perbuatan khurafat dan kepercayaan karut. 
“Jauhi tukang-tukang telek, ahli-ahli nujum dan mereka yang sanggup melakukan perbuatan khurafat dan syirik untuk menjadi 'hero' dalam merungkai misteri ini,” tulisnya lagi. (HD)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena