Sunday 31 August 2014

JKKKP 'under' BN boleh aktif, tiada tangkapan...PPS 'under' PR kena tangkap!

Isnin, 1 September 2014

Peronda sukarela Pulau Pinang cabar undang-undang, kata KPN

Posted & copy by 

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tangkapan terhadap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang adalah kerana mereka ingkar dan mencabar undang-undang. Khalid berkata amaran pihak berkuasa tidak diendahkan. "Saya sudah beri amaran supaya tidak teruskan aktiviti mereka atau saya akan tangkap mereka tapi pertubuhan ini degil.  "Mereka cabar undang-undang negara dan sengaja meneruskan aktiviti mereka," kata Khalid ditemuramah RTM hari ini. Seramai 154 anggota PPS ditahan serta-merta pagi tadi selepas selesai menyertai perarakan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, George Town, pagi tadi. 

Khalid berkata penangkapan tersebut sebagai permulaan kepada tindakan tegas ke atas organisasi tersebut. Beliau juga merujuk komen dalam akaun Twitter miliknya pagi tadi, meminta ahli PPS menyerah diri sebelum kediaman mereka diserbu polis. "Jika mereka tidak datang, kami akan cari mereka di rumah," kata Khalid. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam akaun Twitternya berkata kerajaan negeri bertanggungjawab penuh ke atas PPS. "Dan siapakah kerajaan negeri? 

Sudah pasti semua ahli mesyuarat kerajaan negeri, termasuk ketua menteri," kata Lim. Setiausaha Agung DAP itu mempertahankan PPS sebagai satu pertubuhan yang memberi bantuan semasa kecemasan atau bencana serta membantu masyarakat memantau keadaan. Menjawab hujah Khalid PPS sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Lim berkata pasukan itu ditubuhkan di bawah kerajaan negeri dan sah di sisi undang-undang. Lim sebelum ini berkata kerajaan negeri akan membiayai kos guaman membela ahli PPS ditangkap kecuali mereka yang ditahan atas sebab jenayah. 

Khalid menuduh PPS terpesong dari matlamat sebenar penubuhannya empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat. "PPS telah mula memukul orang, ada wartawan telah dipukul, malah ada orang tak setuju dengan mereka, telah dibelasah mereka... sekurang-kurangnya dua laporan polis telah diterima daripada orang ramai dan pemberita yang dibelasah," katanya. 

Sementara itu, DAP secara rasmi mendesak semua 154 ahli PPS dibebaskan dengan segera, dan berkata tangkapan melulu sedemikian menjejaskan imej polis. "Tindakan polis hari ini suatu penghinaan kepada langkah Putrajaya yang sebelum ini menggesa orang ramai bersama untuk memerangi jenayah," kata ketua biro perundangan DAP, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan.



Buletin Pakatan Rakyat
JKKKP terang-terang bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri dan pembaziran wang rakyat yang hanya untuk kepentingan politik UMNO ..

Kenapa pekara ini dibenarkan oleh pihak berkuasa di negara ini?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena