Monday 25 August 2014

[Video] Pengantin Separuh Bogel pulak...'Naked Wedding in Malaysia'. Ipoh mali ma! Talak sombong.

Isnin, 25 Ogos 2014
Apa nak jadi dengan Masyarakat Malaysia
Warga media sosial hari ini digemparkan dengan gambar sepasang lelaki dan perempuan yang separuh bogel yang sedang menunggu untuk melintas jalan, kira-kira 9.00 pagi tadi. Gambar ini dikhabarkan diambil berhampiran CIMB dan HSBC di Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, Perak. Nampak seperti pasangan ini akan atau telah melangsungkan majlis perkahwinan atau sekumpulan pekerja sedang mengadakan sessi fotografi.

Apa nak jadi dengan Masyarakat Malaysia. Belumpun reda isu sukan bogel di Taman Negara Pulau Pinang, timbul pula kisah pasangan separuh bogel ini. Mungkin agaknya cuaca di Malaysia sudah terlalu panas menyebabkan semua orang leboh suka berbogel. Apakah ini satu bentuk provokasi? Berikut pula adalah video rakaman amatur (sebelum) 'Naked Wedding in Malaysia'. Ipoh mali ma! Talak sombong.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/08/gambar-pengantin-separuh-bogel-tersebar.html#qK1CRY0SdHTgzH1W.99

GEMPAR - Pengantin Separuh Bogel Di Bandaraya Ipoh





IPOH - Pengguna jalan raya gempar apabila melihat sepasang kekasih berpakaian pengantin melintas dalam keadaan separuh bogel di Jalan Sultan Yussuf di sini, pagi ini.

Dalam kejadian itu, dilihat wanita berkenaan dalam pakaian berbikini putih dengan memakai kain layah (veil) manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang tanpa baju.

Keadaan pasangan pelik itu menjadi perhatian kepada beberapa pengguna jalan raya yang berhenti melihat pasangan itu melakukan penggambaran.

Malah, gambar pasangan itu telah mula menjadi viral di aplikasi Whatsapp dan Facebook.

Seorang pengawal yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat pasangan itu berjalan tanpa segan silu di jalan yang sesak dengan pelbagai kenderaan berikutan ia waktu puncak.

Menurutnya, pasangan itu mula disedari berada di kawasan itu kira-kira jam 9 pagi.

"Mereka tidak lama berada di kawasan ini, hanya sekitar lima hingga 10 minit. Walaupun sekejap, ia mengundang perhatian kepada pemandu dan pekerja di kawasan sekitar," katanya.
BLM.

Macai tak nak buat laporan polis?
Mengikut info lokasi kejadian ini berlaku di Ipoh, Perak ... negeri yang dibawah pemerintahan UMNO/BN bukannya di PulauPinang..

Dengar ceritanya sepasang pengantin ini adalah model .. tetapi mengapa perlu lakukan photoshot ditengah bandar didepan umum?????


Macai-macai UMNO tidak berhajat ke nak buat laporan polis???? Sumber
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena