Thursday 21 August 2014

Tragedi MH17: Senarai nama 'Kumpulan Pertama Jenazah' yang akan tiba pagi esok di Kompleks Bunga Raya, KLIA...

Khamis, 21 Ogos 2014
Istiadat penghormatan...

SEPANG: Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, esok, untuk istiadat penghormatan.

Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L) 
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)


Sementara itu, berita ini nyata mengembirakan datuk dan nenek pembantu juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi, 29 tahun iaitu Daud Abdul Kadir, 80, dan Zaleha Bawal Khan, 73, kerana hasrat untuk melihat jenazah cucunya itu bakal kesampaian.

Menurutnya, keluarga Hakimi termasuk anaknya Noriah kini sudah berada di Kuala Lumpur untuk menyambut ketibaan jenazah mangsa esok yang akan dikebumikan di Putrajaya.

"Syukur kepada Tuhan kerana jenazah Hakimi selamat. Tiada cacat cela pada tubuh dia. Syukurlah dan bila dengar berita itu, seluruh keluarga saya gembiralah kerana keadaan dia sempurna,” kata Daud. 

Katanya lagi, kesemua ahli keluarga, termasuk sepupu dan emak saudara dari Melor, sudah berlepas ke Kuala Lumpur semalam dan hari ini bagi menyambut ketibaan jenazah.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menguruskan usaha membawa balik cucunya untuk dikebumikan di sini.

Katanya, apa yang penting sekarang ialah kesabaran dalam menahan kerinduan terhadap mangsa selepas menerima jenazahnya nanti.

Sementara itu, nenek Hakimi, Zaleha Bawal Khan turut gembira dengan perkhabaran ini.

Walaupun sedih mengenangkan tragedi yang menimpa cucunya yang disifatkan seorang yang terlalu baik dan menghormati orang tua, beliau tetap bersyukur kerana dapat melihat jenazah cucunya buat kali terakhir.

Menurut Zaleha lagi, Allah telah menentukan kesudahan cucunya namun bersyukur kerana jasad mangsa dalam keadaan baik dan dapat dibawa pulang dalam tempoh yang singkat.

Allahyarham Hakimi yang sudah lebih empat tahun menyertai MAS sebagai pembantu juruterbang meninggalkan seorang isteri, Sharifah Asma’a Syed Alwi Al Junied, dan seorang anak, Abderrahman yang baru berusia setahun.


www.astroawani
Sedakasejahtera.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena