Friday 29 August 2014

[Video] Alkisah Anwarisme, Sang Kerbau dan Sang Kancil & Wang RM3.2 bilion masih selamat...

Jumaat, 29 Ogos 214

Gambar: Alkisah Anwar, sang kerbau dan sang kancil

Oleh Edwin Michael

Tersebutlah sebuah alkisah seekor buaya yang sedang bersantai ditebing sungai yang tiba-tiba dihempap dengan sebatang pokok yang tumbang lalu buaya berkenaan merintih meminta pertolongan. Datanglah seekor kerbau yang berada berdekatan sungai berkenaan membantu si buaya berkenaan mengangkat batang pokok tersebut. Tanpa disangka, sang buaya terus menggigit kaki sang kerbau berkenaan dan sang kerbau tersebut pun merayu agar sang buaya bersikap adil kerana jasa sang kerbau yang menyelamatkan nyawa sang buaya tersebut.
Ketika itu, lalulah tudung saji yang buruk dihanyut arus sungai. Kesempatan ini diambil oleh sang kerbau untuk mendapatkan pandangan tudung saji tersebut tentang sikap sang buaya yang tidak mengenang budi dan jasa sang kerbau. Malangnya, tudung saji memilih untuk memihak kepada sang buaya kerana menurutnya ketika masih elok dan cantik, dirinya dimuliakan oleh tuannya dan apabila telah buruk dan rosak, ia dibuang begitu sahaja. Maka, tindakan sang buaya itu wajar kerana jasa dan budi yang lepas tidak patut diambil kira. Gembira hati sang buaya.
Ketika Sang buaya cuba untuk mengheret sang kerbau masuk kedalam air, kelibat sang kancil pula kelihatan. Lalu sang kerbau meraung meminta ehsan sang kancil untuk membantunya. Sang kancil tekad untuk membantu kerbau yang dianiaya itu lalu meminta sang buaya melakonkan semula kejadian berkenaan. Sang buaya yang tamak itu pun bersetuju dan batang pokok diletakkan semula diatas belakang sang buaya. Sang kerbau terlepas, sang buaya terhimpit, sang kancil berlalu pergi.

Krisis Selangor: Siapa Buaya, Siapa Kerbau Dan Siapa Kancil?
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan perletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor. Baginda menangguhkan sehingga perlantikkan MB Selangor yang baru ditentukan. Sultan Selangor juga telah menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon MB Selangor.
Ini pukulan maut buat Pakatan Rakyat (PR) yang selama ini begitu angkuh dengan pendirian bahawa mereka akan kekal dengan calon tunggal pilihan Anwar Ibrahim iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga isterinya sebagai calon MB Selangor. Keangkuhan ini turut diterjemahkan dengan kenyataan media terbaru PKR dan DAP yang kekal dengan satu nama sahaja untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor. Sedar atau tidak, dalam diam PR sedang menanggung satu kesakitan yang teramat sangat bak sang buaya yang dihempap dengan batang pokok.
Anwar Ibrahim sangkakan bahawa dengan adanya surat akuan sumpah daripada 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) maka laluan untuk isterinya diangkat menjadi MB Selangor mudah. Namun, siapa sangka percaturan politik Anwar meleset apabila pihak Istana memulang paku buah keras kepada PR. Maka kekallah Khalid Ibrahim sebagai MB sementara.

PAS dan Sang Kancil
PAS pula sebenarnya amat licik sekali. Masakan tidak apabila kesemua 13 ADUN PAS memilih untuk tidak menandatangani surat akuan sumpah yang menuntut Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB Selangor. Kelicikan PAS ini juga harus dilihat dalam konteks hubungan PAS dan autoriti iaitu pihak istana. Hubungan PAS dengan pihak istana cuba dikekalkan sedamai mungkin sebagaimana hubungan kerajaan negeri Kelantan dengan istana Kelantan.
Malah, tindakan empat EXCO PAS yang masih teguh di belakang Khalid Ibrahim juga sebagai satu mesej kepada Sultan Selangor betapa PAS tidak tunduk kepada pengaruh Anwarisme. Tindakan inilah yang menyelamatkan integriti Khalid Ibrahim sebenarnya. Sebagaimana sang kancil menyelamatkan sang kerbau daripada buaya.

30 ADUN dan Tudung Saji
30 ADUN yang menandatangani surat akuan sumpah termasuk Wan Azizah Wan Ismail itu sendiri adalah umpama tudung saji yang buruk dan rosak. Pertimbangan setiap seorang daripada mereka adalah berasaskan kepada emosi semata-mata dan tidak sama sekali menunjukkan kematangan akal pemikiran waras. Mereka tunduk pada kemahuan parti lalu membelakangkan integriti mereka sendiri sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat. Walaupun cubaan mereka berpaling tadah itu hampir meranapkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor, namun permainan politik mereka digagalkan oleh PAS.
Siapa Bakal MB Selangor?

Selalunya dalam cerita dongeng kanak-kanak, karakter yang bijak akan dijulang sebagai hero. Walaupun sukar untuk meramalkan siapa (dalam konteks individual) akan menjadi MB Selangor namun PAS dari awal lagi yang dilihat bijaksana dan licik mengatur langkah politik mereka mungkin mampu lakukan kejutan dalam krisis politik di Selangor ini. Andaian ini dikukuhkan lagi dengan sikap PAS yang memilih untuk tidak bersama-sama Anwar Ibrahim dalam percubaannya merebut kerusi MB Selangor untuk isterinya. Jika PAS menghantar dua nama daripada pihaknya berkemungkinan untuk diperkenan salah satu nama oleh Baginda Sultan amat tinggi memandangkan PKR dan DAP masih mahu mengekalkan nama Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor.
Namun, walau apa jua yang terjadi, hingga saat ini, wang rizab Selangor yang dikatakan bernilai RM3.2 bilion itu masih selamat dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim.

Edwin Michael adalah Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/comment/2014/08/27/alkisah-anwar-sang-kerbau-dan-sang-kancil/

Alkisah Anwar, sang kerbau dan sang kancil

30 ADUN dan Tudung Saji (Tikar Buruk)

Ok dah cukup nama boleh mengadap sultan...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena