Friday 29 August 2014

Suntikan Khazanah RM6 bilion kepada MAS satu pelaburan?

Sabtu, 30 Ogos 2014
Suntikan RM6 bilion kepada MAS satu pelaburan, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan suntikan modal RM6 bilion yang diberikan Khazanah Nasional kepada Malaysia Airlines (MAS) adalah satu pelaburan.


Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan suntikan modal RM6 bilion yang diberikan Khazanah Nasional kepada Malaysia Airlines (MAS) bukanlah untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu semata-mata, malah lebih berbentuk pelaburan.

Perdana menteri berkata MAS mungkin memerlukan lebih daripada tiga tahun bagi pelan pemulihannya, namun akan ada pertumbuhan positif dalam tempoh berkenaan.

"Wang disuntik ke dalam MAS dan kita memutuskan RM6 bilion itu mesti diperoleh semula. Ia bukan menyelamatkan. Menyelamatkan ialah apabila ia tidak dapat dipulihkan semula.

"Khanazah akan mengembalikan setiap sen dalam RM6 bilion itu. Ini pelaburan. Bukan menyelamatkan," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato' Onn hari ini.

Khazanah Nasional Berhad hari ini berkata MAS akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu.

Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan, selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.


Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Najib berkata, sebarang pengecilan perniagaan MAS akan dilaksanakan secara berperikemanusiaan dan belas kasihan.

Katanya, jika ada keperluan bagi menggantikan ketua pegawai eksekutif MAS pada masa ini maka peluang anak tempatan akan diberikan keutamaan.

"Dia boleh orang tempatan atau asing. Jika asing, ia hanya dalam tempoh sementara. Warga tempatan akan mengambil alih kemudiannya," katanya.

Perdana menteri berkata pelan penstrukturan semula MAS ini dilakukan adalah semata-mata demi melihat syarikat penerbangan negara itu berdaya maju dan bantuan kerajaan diperlukan untuk merealisasikan hasrat itu.

Katanya, menjadi harapan rakyat Malaysia agar MAS terus dikekalkan sebagai syarikat penerbangan nasional.

"Kita menggariskan beberapa prinsip seperti rakyat Malaysia mahukan MAS sebagai syarikat pengangkutan tempatan yang boleh dibanggakan.

"Kita hendak tentukan MAS mesti merupakan syarikat penerbangan komersial, seperti jika kerajaan menghendaki MAS terbang ke satu destinasi maka kerajaan perlu berikan subsidi kepada MAS.

"Segala keputusan yang dibuat MAS mesti atas pertimbangan komersial," katanya. – 29 Ogos, 2014.~ tmi

6000 PEKERJA MAS AKAN DIBERHENTIKAN -KHAZANAH

Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena