Sunday 31 August 2014

Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Haram?...Bagaimana dengan JKKK!

Ahad, 31 Ogos 2014
SAMM: “Jika PPS ‘haram’ bagaimana dengan JKKK?”
Posted on Sunday, August 31 @ 15:53:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
SHAH ALAM 31 OGOS: SAMM Pulau Pinang mengutuk tindakan Polis membuat tangkapan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada sambutan hari Kemerdekaan selepas aktiviti dijalankan.

Penyelaras SAMM Pulau Pinang, Aidil Fitri Ibrahim berkata SAMM  mempertahankan PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bertaraf agensi negeri.

Katanya, penahanan mereka membuktikan sekarang ini polis tidak peka kepada mereka yang banyak membantu dalam semua hal ehwal keselamatan di kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu Polis mengawal jenayah serta kebajikan penduduk setempat.

“Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram?,” soal Aidil dalam kenyataan media.

Katanya, SAMM Pulau Pinang mendesak supaya polis membebaskan mereka segera tanpa syarat.


Hari ini, lebih 200 PPS ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Padang Kota, pagi ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 10.15 pagi, berdekatan bulatan di Jalan Lebuh Pantai sebelum melintasi pentas utama.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena