Friday 22 August 2014

Zuraida - Jika Sultan betul tolak, kita ganti dengan nombor dua...Apa yang susahnya?

Jumaat, 22 Ogos 2014
Jangan membuat spekulasi istana enggan terima Dr Wan Azizah...

PKR akan mengemukakan calon kedua jika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bagaimanapun berkata, setakat ini akar umbi perlu mendengar keputusan parti dan jangan membuat spekulasi istana enggan terima Dr Wan Azizah."Jika Sultan betul tolak, kita ganti dengan nombor dua. Apa yang susahnya? Tiada isu," katanya semasa ucapan penggulungan Kongres Wanita PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada Rabu lalu dilaporkan berkata, PKR tidak ada calon lain selain Dr Wan Azizah sekalipun istana menolak pencalonan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.

"Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut. PAS Pusat sebelum ini mengemukakan nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon alternatif di samping Dr Wan Azizah, namun ditolak Pakatan Rakyat (PR).

Zuraida turut menasihati Khalid berhenti memalukan diri sendiri kerana masih enggan berundur dan meletak jawatan walaupun selepas bekas parti politiknya mengarahkan berbuat sedemikian.Mengulas kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), ahli Parlimen Ampang itu berkata pilihan raya negeri hanya akan memalukan Selangor dan mendatangkan kemarahan rakyat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha menggesa ahlinya tidak membuang masa melakukan sabotaj dan protes kerana ia tidak menguntungkan parti.Katanya, beliau tidak mahu melihat PR di Selangor jatuh dan berpecah hanya kerana isu kedudukan menteri besar.

"Selangor sedang diasak begitu kuat dari dalam (PR) dan luar. Jangan kita jadi elemen yang boleh rosakkan parti sebab nafsu yang menguasai diri kita. "Kita telah membelanjakan harta, masa, tenaga dan buah fikiran untuk bina parti hingga ke saat ini. Adakah kita sanggup korbankan semua ini dan orang yang pergi tinggalkan kita hanya kerana seorang?


"Wanita PKR sebelum itu mengumumkan barisan pimpinan Wanita PKR Pusat 2014-2017 dengan mengekalkan Zuraida sebagai Ketua Wanita, Haniza sebagai Timbalan, dan bekas exco Selangor yang dipecat Khalid, Dr Daroyah Alwi sebagai Naib Presiden. ~tmi
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena