Wednesday 27 August 2014

2 Model 'bogel' di Ipoh mali...Denda RM400 aje!

Rabu, 27 ogos 2014

2 Model 'bogel' Di Ipoh Mengaku Bersalah , Denda RM400

Dua model separuh bogel di Ipoh mengaku salah
  
Dua orang model mengaku salah atas tuduhan “menimbulkan kegusaran awam” melalui tindakan mereka berpakaian separuh bogel ketika satu sesi fotografi di Ipoh.

Laporan Berita Harian menyebut, tuduhan dijalankan ke atas model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan seorang lagi model wanita gandingannya, How Jo Yee, 21. Kedua-dua tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Majistret Ipoh, lapor akhbar tersebut.

Majistret Haslinda A Raof seterusnya menjatuhkan hukuman denda RM400 setiap seorang. Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, laporan Sinar Harian pula menyebut pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengganggu kententeraman awam dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 undang-undang sama. (IH)
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena