Wednesday 20 August 2014

MH17: PAS sertai Istiadat Penghormatan Jenazah...Jumaat 22 Ogos Hari Berkabung Negara

Khamis, 21 Ogos 2014
Jumaat 22 Ogos Hari Berkabung Negara... 

Ketibaan Mayat Mangsa Nahas MH17 Di Belanda. Penghormatan Terakhir Oleh Tentera Ukraine Sebelum Berlepas Ke Belanda

MH17: PAS sertai istiadat penghormatan jenazah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS turut akan menyertai istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 22 ogos ini.

Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, seluruh Ahli Parlimen PAS telah diarahkan untuk menyertai istiadat itu nanti.

"Saya telah mengarahkan seluruh ahli parlimen PAS khusnya yang berada di Lembah Klang untuk hadir dan bersama-sama memberikan penghormatan,

"Saya juga telah memaklumkan kepada PAS Pusat agar menghantar wakil rasmi parti ke majlis itu nanti," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 akan tiba pada Jumaat kira-kira 10 pagi dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Jumaat ini (22 Ogos) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah mangsa nahas MH17 itu.

Dalam pada itu, Mahfuz juga mengarahkan seluruh PAS kawasan mengadakan bacaan surah Yasin dan tahlil pada Khamis malam Jumaat sempena mengambil keberkatan penghulu segala hari itu.

"Kita minta seluruh ahli kita juga agar membuat solat ghaib selepas solat Jumaat ini.

"Kita juga arahkan seluruh premis PAS termasuk pejabat PAS Kawasan, markas serta pusat khidmat untuk memasang bendera separuh tiang pada hari Jumaat," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh, di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

- HARAKAHDAILY 20/8/2014

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena