Tuesday 26 August 2014

MB Selangor - Pas Akan Hantar Nama Calon

Rabu, 27 Ogos 2014

Jawatan MB Selangor - Pas Akan Hantar Nama Calon



SHAH ALAM - Pas Selangor menyambut baik titah sultan yang meminta PR mencadangkan lebih dua calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar yang baharu.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, selaras dengan titah baginda, pihaknya akan mencadangkan nama yang dirasakan layak untuk menyandang jawatan itu.

"Pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sangat konsisten dengan titah tuanku dan kita yakin rakyat di negeri Selangor juga menyambut baik titah tuanku," katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Menurut Khairuddin lagi, pihaknya yakin bahawa cadangan nama calon yang akan dikemukakan kelak oleh ketiga-tiga parti akan mendapat perkenan pihak Istana.

Terdahulu, Pas menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar selain calon tunggal PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu beliau menegaskan, kesemua empat anggota Exco yang masih kekal akan terus berkhidmat demi memastikan pentadbiran bagi kerajaan dan rakyat negeri Selangor berjalan dengan lancar.

"Pihak kami akan terus mempertahankan PR dan kita serah sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk menentukan calon yang terbaik bagi jawatan menteri besar tersebut," katanya lagi.
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena