Friday 29 August 2014

M'sia sudah merdeka! RUMAH TIADA BILIK MANDI DAN TANDAS...

Jumaat, 29 Ogos 2014
Memerlukan bantuan kewangan untuk bahan binaan untuk bilik air dan tandas...
RUMAH TIADA BILIK MANDI DAN TANDAS
*Memerlukan bantuan kewangan untuk bahan binaan untuk bilik air dan tandas.

Ini lah rumah adik pmpn ana bersama suami dan sorang anaknya yg terletak dpn rumah ana.....xde bilik air..adik bina dinding guna papan plewood bahagikan satu bilik tdo..dapur..ruang tamu kecil hanya blh letak tv..menumpang mandi dan tandas dirumah ana..asalnya kedai runcit kecil tp xbniaga lg..ibu bg adik tggl sini sb adik xmampu nk menyewa walaupun sewa sekitar rm200 je sb suaminya kerja xtetap..sijil spm pun xde..lesen keta pun xde..bniaga jual roti canai tp xlaris sgt sb bkn dk tepi jln utama...tringin nk bantu bina bilik air walaupun sekadar bdinding zink..tp xmampu..kesian sgt..setiap kali nk mandi..dtg rumah ana...bayangkan lah jika tgh mlm tetiba nk guna tandas..kami kt umah plak dh tdo...
Kalau ada sesiapa sudi bantu belikn bahan binaan.alangkah bersyukurnya..nk bina xpe..xde masalah..kami jiran blh gotong royong..jika ada nk dtg melawat..ini alamat : no 85, kg kalai, batu melintang, jeli kelantan.

*ini bukan memohon utk bantuan kewangan perbelanjaan kuaga...tp ini cuma permohonan untuk bina bilik air dan tandas sahaja. Harap xde salah phm..

Jika ada sudi berikan bantuan pada mereka..
Boleh hubungi ana :
0176036615(whatsapp)
013-9955908 (zol)

MAYBANK
Hasnizol Abd Hamid
1530 5618 9572

* harap share ramai2 yer...syukran

Update terbaru : 27/08/14 jam 2pm
*Alhamdulillah..setakat ni jumlah derma RM220...walaupun masih banyak diperlukn...ana tetap bersyukur...masih perlukan lg bantuan..cuma untuk bina bilik air yg kecil dan tandas sahaja..Syukran kpda yg telah menderma..semoga Allah melipatkan kali ganda rezeki anda dan berkati hidup anda.

"Jazakallahukhairan makirin..kita merancang, Allah juga merancang tp perancangan Allah yg lebih baik"
Maklumat Ahli Parlimen Jeli
MAKLUMAT
 
NamaMustapa bin Mohamed, YB Dato' Sri
Jawatan dalam KabinetMenteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
PartiBN - UMNO
Tempat DudukA-5
ParlimenP030
KawasanJeli
NegeriKelantan
No. Telefon03-6203 3022 / 03-6203 4106
No. Faks03-6201 2301
E-Mailmustapa@miti.gov.my
Alamat Surat-menyuratKementerian Perdagangan Antarabangsa Dan IndustriTingkat 15, Blok 10Kompleks Pejabat KerajaanJalan Duta50622 Kuala Lumpur

HOT :Menteri Di JPM Dedahkan Bil Elektrik Kediaman PM RM250 Sehari?


Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik.

"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut.

"Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada pejabat lain, itu perbelanjaan lain," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anthony sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan butir-butir terperinci bil-bil elektrik dan air dan kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri secara bulanan untuk tahun 2012.

Tambahnya, kompleks kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri hanya digunakan beberapa jam untuk penganjuran majlis rasmi dan mesyuarat.

"Mengikut jawapan ini... berapa majlis yang dianjurkan setiap tahun?

"Setahu saya untuk Seri Perdana yang paling besar penganjuran majlis hanya sambutan rumah terbuka Aidilfitri, setahun hanya beberapa jam dibuka kepada orang ramai walaupun biasa dibuka tapi tak ada majlis besar seperti sambutan Aidilfitri.

"Ataupun perdana menteri terlalu senang berada di Seri Perdana untuk anjurkan majlis, kalau ada pun majlis itu adalah majlis tertutup atau dijemput, jadi bagaimana kerajaan boleh membelanjakan elektrik begitu besar sekali," jelasnya.

Anthony juga berkata, pengurangan perbelanjaan bil elektrik dan air dapat membantu mengurangkan perbelanjaan wang dan beban rakyat.

"Saya tak tahu kalau penggunaan elektrik itu dapat tingkatkan kekuatan seksual setiap lelaki, tapi saya tahu dapat kurangkan perbelanjaan elektrik ia dapat kurangkan bebanan rakyat dan baik untuk alam," katanya lagi. ~sh

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena