Friday 22 August 2014

Istiadat Penghormatan & Penerimaan Jenazah Mangsa Nahas MH17

Jumaat, 22 Ogos 2014

Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pukul 9.54 pagi ini. 

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pukul 9.40 malam tadi untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur, membawa kumpulan pertama jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam kendi berisi abu mayat.

Setiap keranda yang membawa jenazah mangsa tragedi MH17 dibawa ke kenderaan jenazah oleh kumpulan pengusung seramai lapan anggota ATM.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk memberi penghormatan kepada 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17.

Bersama Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sudah sedia berada di KLIA ialah waris-waris mangsa yang menunggu ketibaan jenazah pagi ini di kompleks bersebelahan terminal utama KLIA.

Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet, para anggota Parlimen daripada Barisan Nasional dan anggota pembangkang serta para diplomat asing.

Empat puluh tiga rakyat Malaysia terbunuh dalam tragedi itu semasa Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine. -mk 
Posted By Green Boc

Gambar Istiadat Penghormatan & Penerimaan Jenazah Mangsa Nahas MH17

SAYU... Berikut adalah gambar sekitar majlis istiadat penghormatan dan penerimaan 20 jenazah mangsa tragedi MH17 warganegara Malaysia yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, malam Khamis.

Jenazah selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Sebahagian waris mangsa nahas pesawat MH17 kelihatan sebak ketika menunggu jenazah diturunkan dari pesawat khas. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena