Sunday 31 August 2014

MACAI UMNO KANTOI LUMAT LUNYAI Menyamar ..Kali ni di NS pula kelmarin dulu Kedah...

Isnin, 1 September 2014
Serupa sebab menyamar sebagai ahli-ahli PAS buat demo ... sama sebab menggunakan cara ,gaya dan ayat-ayat di plakad hampir sama ... berbeza hanya dilokasi dan macai-macai serta pelakon-pelakon  .. satu di Kedah satu lagi di Negeri Sembilan.

Yang pasti sama, serupa dan sedikit langsung tidak berbeza ialah kantoi menipu yang tidak menjadi memperdayakan rakyat Malaysia yang berfikiran waras ... lagi di adu domba .. lagi tegap dan kukuh kesatuan Pakatan Rakyat.


Diperturunkan fakta adegan menipu tidak menjadi ini...


27hb Ogos 2014 ...  Kira-kira 30 pemuda yang mendakwa diri mereka sebagai ahli Pas Negeri Kedah mengadakan  bantahan di tempat letak kereta Masjid Sultan Muzaffar Shah kira-kira jam 3 petang, semalam.

Bantahan disuarakan melalui kenyataan kain rentang yang jelas tidak bersetuju dengan keputusan Pas Pusat yang bermesyuarat pada 17 Ogos lalu.

Antara yang disuarakan melalui kain rentang termasuk ‘Tolong batalkan keputusan Pas Pusat’, ‘Ahli Pas tidak mahu puak Anwarinas dalam Pas’ dan ‘Ahli Pas dikhianati puak Anwarinas’.

Yuslin Yusof yang mendakwa sebagai Ahli Pas Merbok menjelaskan, dia terpanggil bagi mewakili rakan dari Merbok, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan Jerai yang juga bersetuju dengan pendapat itu.

Beliau mendakwa, ahli akar umbi Pas membantah sekeras-kerasnya kenyataan terbaru apabila tidak menyokong Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kami desak agar keputusan itu dibatalkan demi maruah Pas sendiri. Kami juga beranggapan keputusan tersebut dimonopoli atau disabotaj oleh beberapa AJK Pas Pusat yang jelas tidak mencerminkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini menyokong Tan Sri Khalid.

“Keputusan ini jelas menggembirakan kumpulan Anwarinas yang kini bermaharajalela di pucuk pimpinan Pas Pusat.

“Keahlian Khalid dipertikaikan adalah alasan tidak masuk akal memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah ahli pembangkang sebelum 1998.

"Untuk itu, kami mendesak keputusan mesyuarat 17 Ogos lalu dibatalkan ,” dakwanya.

Bagaimanapun, ketika Sinar Harian ingin menemu ramah beberapa pemuda lain  yang mendakwa mereka adalah ahli Pas, masing-masing keberatan.

Pemuda yang mendakwa diri mereka ahli Pas itu, pada mulanya sibuk berkumpul, bagaimanapun enggan ditemu ramah dan masing-masing cuba meninggalkan kawasan itu dengan segera apabila didekati wartawan.




31hb Ogos 2014 .... Desakan supaya pemimpin Pas tidak tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor terus memuncak apabila ahli dan penyokong akar umbi parti itu di negeri ini mengadakan perhimpunan aman membantah perkara tersebut hari ini.

Desakan itu dilakukan oleh sebahagian ahli dan penyokong akar umbi Pas Kawasan Seremban, Nilai, Rembau dan Kuala Pilah menerusi perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Terminal 1 sebagai tanda protes khususnya berhubung keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti pada 17 Ogos lalu.

Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan mesyuarat berkenaan yang mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut ketua kumpulan itu, Zaidi Zainal Abidin, perhimpunan itu adalah suara akar umbi ahli serta penyokong Pas yang membantah keputusan mesyuarat berkenaan.

"Kami tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya serta mendesak supaya dibatalkan demi maruah Pas.

"Kami amat kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin Pas yang tidak menghormati Majlis Syura Ulama kerana mereka lebih takut dan taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Zaidi yang juga ahli Pas Kawasan Nilai, keputusan itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Pas.

"Jika begitu kami mendesak mereka ini supaya keluar daripada Pas dan sertai PKR,'' tegasnya.

Tambahnya, ahli akar umbi juga mendesak pucuk kepimpinan Pas supaya segera menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, melepaskan jawatan.

"Ini kerana ADUN Pas lebih layak serta lebih bersih untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Kita tidak mahu pemimpin Pas menjadi boneka dan alat mainan bagi parti lain,'' ujarnya.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena