Sunday 31 August 2014

Ketua Polis arah siasat tweet ‘biadap’...‘Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’...

Isnin, 1 September 2014

Ketua Polis arah siasat tweet ‘biadap’ selepas tangkapan ahli PPS

Seorang anggota Pasukan Peronda Sukarela merakam rakannya ketika perarakan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang di George Town, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2014.
Seorang anggota Pasukan Peronda Sukarela merakam rakannya ketika perarakan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang di George Town, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2014. 

Ketua Polis Negara hari ini mahu tindakan diambil atas pihak yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya melalui Twitter berikutan tindakan yang diambil polis terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang pagi tadi.
Dalam tweetnya, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Persekutuan memulakan siasatan segera ke atas kes itu.
"PCIRC @PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yg menggelar IGP 'Anjing BN'" katanya. Tweet tersebut dipercayai dibuat seorang bernama Nasrul Omar (@ennasrul) pada jam 12.50 tengahari tadi.
PCIRC merujuk kepada Police Cyber Investigation Response Centre atau Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis yang ditubuhkan Mac tahun ini di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Khalid, yang akaun Twitternya @KBAB51, juga memetik satu lagi tweet yang dianggap menyakitkan hati di mana dia dibandingkan dengan komander Nazi Henrich Himmler.
Pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong (@wonghoicheng) menulis: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia." (Celaka PDRM. Terima kasih kepada @KBAB51 yang kejam, Henrich Himmler Malaysia)
Khalid (gambar) menjawab tweet tersebut dengan menulis: "PCIRC @PDRMsia, juga dikesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."
Pagi ini lebih kurang 250 anggota PPS ditangkap polis ketika sambutan Hari Merdeka peringkat negeri sedang dijalankan di George Town.
Mereka ditahan sepasukan polis jam 10.15 pagi sebaik sahaja mereka menyertai upacara rasmi perbarisan lalu, sebahagian daripada perarakan tahunan yang diadakan di Padang Kota Lama, dan dibawa ke balai polis berdekatan untuk disoal siasat.
Pada Jumaat, Khalid berkata polis akan menangkap anggota PPS sekiranya mereka meneruskan aktiviti kerana ia dilihat terpesong dari tujuan asal penubuhannya empat tahun lalu, iaitu berkhidmat kepada masyarakat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata PPS bukan pertubuhan yang sah kerana ia tidak pernah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempertahankan PPS, menegaskan ia tidak pernah tersasar dari objektif asal dan ia pertubuhan sah di bawah kerajaan negeri, sama seperti Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Beliau juga mengatakan kerajaan negeri akan menyediakan pasukan peguam bagi membela anggota PPS sekiranya ditahan polis dan memberi bantuan kewangan kepada keluarga mereka selama mereka dalam tahanan. – 31 Ogos, 2014.
TMI
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tangkapan-pps-ketua-polis-arah-siasat-pengguna-tweet-biadap#sthash.iQfHojuT.dpuf


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena