Monday 25 August 2014

1500 Warga Nepal Mengamuk! Bagus, rosakkan lagi harta benda awam...Lagi best kalau bagi IC...

Isnin, 25 Ogos 2014
 Warga Nepal mengamuk!

Gambar: JOHOR BAHRU. ...1500 warga asing yg kebanyakannya warga Nepal mengamuk dan merosakkan harta benda...

Bagus... rosakkan lagi harta benda awam. Kami ikhlas bayar cukai. Lain la kamu warga asing,cukai tak kena. Lagi best kalau BN bagi ic.. ni mesti BN tarik balik IC ni kan?
JOHOR BAHRU. ...1500 warga asing yg kebanyakannya warga Nepal mengamuk dan merosakkan harta benda...

Bagus... rosakkan lagi harta benda awam. Kami ikhlas bayar cukai. Lain la kamu warga asing,cukai tak kena. Lagi best kalau BN bagi ic.. ni mesti BN tarik balik IC ni kan?

Perghhh..Pekerja Nepal Mengamuk... di Johor Baru kerana Rakan Sekerja Meninggal..


6 FOTO ... PEKERJA WARGA ASING NEPAL BERTINDAK GANAS KERANA DAKWA MAJIKANNYA ABAIKAN KEBAJIKAN KESIHATAN RAKAN SEKERJANYA SEHINGGA MENINGGAL DUNIA


JOHOR BAHRU - Kira-kira 1, 500 pekerja asing sebuah kilang elektronik warga Nepal mogok hampir 36 jam apabila mendakwa majikan telah mengabaikan rakan mereka yang mengalami masalah kesihatan sehingga meninggal dunia.

Keadaan bermula tegang sejak Khamis lalu selepas kematian seorang pekerja lelaki warga Nepal mengakibatkan pekerja lain yang berasal dari negara terbabit enggan bekerja, malah turut bertindak ganas.

Kumpulan mogok terbabit bertindak merosakkan pelbagai barangan di bangunan asrama yang turut menempatkan pekerja asing daripada pelbagai negara.

Pengarah eksekutif syarikat berkenaan yang dikenali sebagai Datuk Tan berkata, pekerja Nepal bertindak di luar kawalan selepas berlaku salah faham sehingga menyebabkan pekerja asing dari negara lain tidak dapat bekerja selepas asrama pekerja turut dikepung.

“Ia berpunca daripada kekeliruan disebabkan rakan mereka yang meninggal dunia itu masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun. Jadi mereka salah sangka dan beranggapan syarikat mengabaikan kebajikan si mati termasuk tidak dibayar gaji.

“Memang benar lelaki terbabit baru bekerja setahun dan setiap pekerja asing mempunyai tiga tahun kontrak. Namun pihak syarikat tetap membayar gaji si mati termasuk memberikan pampasan,” katanya.

Disebabkan insiden itu, pihak syarikat menanggung kerugian kira-kira RM500, 000 disebabkan operasi di bahagian pengeluaran tergendala selain menanggung kerosakan di kawasan asrama pekerja.

Selain merosakkan barangan di asrama,  kumpulan mogok juga merosakkan pondok pengawal keselamatan selain sebuah van yang berada di kawasan itu juga terbalik selepas kumpulan berkenaan semakin bertindak berani.

Bagaimanapun, Tan berkata, insiden berkenaan berakhir selepas pihak syarikat mengadakan perbincangan dengan wakil pekerja warga Nepal bagi menjelaskan kekeliruan.

Beliau turut menafikan pihak syarikat telah membiarkan pekerja Nepal yang mengalami sakit dada itu sehingga meninggal dunia.

"Kita memberi bantuan kepada pekerja Nepal itu termasuk menghantarnya ke hospital sebelum meninggal.

“Selepas pihak kita menjelaskan perkara sebenar, pekerja warga Nepal tersebut akur dan turut berjanji akan kembali bekerja pada shif jam 7 malam ,” katanya. 
Sinar Harian
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena