Saturday 23 August 2014

Surat Akuan Bersumpah: 13 Adun Pas Belum Tandatangan Sokong Azizah...

Ahad, 24 Ogos 2014

13 Adun Pas Belum Tandatangan Akuan Bersumpah Sokong Wan Azizah

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, ADUN PAS Selangor yang masih belum menandatangani akuan berkanun bagi menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memerlukan masa untuk berbuat demikian.

Katanya, beliau tidak berpendapat bahawa 13 orang ADUN itu langsung tidak mahu menandatangani dokumen tersebut.

Rafizi berkata, beliau yakin wakil rakyat PAS itu mahu membincangkan kandungan surat itu di mesyuarat pimpinan pusat parti itu terlebih dahulu.

"Saya fikir tidak tepat untuk mengatakan ADUN PAS tidak mahu menandatangani (surat akuan bersumpah).

“PAS hanya mahu meneliti kandungan surat itu," kata beliau kepada Malaysiakini ketika ditemui semasa persidangan Kongres Nasional PKR ke-10 di Shah Alam tadi.

Katanya, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali sendiri telah menjelaskan bahawa isu tersebut perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa pusat terlebih dahulu.

"Ini bukan keputusan 13 ADUN itu. Setiausaha Agung PAS Mustafa mahu membawa kandungan surat tersebut ke satu lagi mesyuarat untuk penelitian dan persetujuan," kata beliau.

Mesyuarat jawatankuasa pusat PAS dijadualkan berlangsung pada Isnin depan.

Rafizi mengulas kenyataan satu sumber dalam satu laporan Malaysiakini hari ini berhubung tindakan 13 orang ADUN parti Islam berkenaan.

PKR merancang untuk mempersembahkan sokongan tersebut kepada sultan Selangor bagi menunjukkan Wan Azizah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan untuk dilantik sebagai menteri besar.

Menurut sumber, rancangan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat semalam, namun masih belum menemui sebarang penyelesaian

Hanya dua orang wakil rakyat PAS Selangor yang sudahpun menandatangani pengakuan berkanun tersebut – Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena