Tuesday, 12 May 2015

Najib Bakal Tumbang? BATALKAN SEMUA URUSNIAGA hartanah melibatkan 1MDB...

Selasa, 12 Mei 2015


Page Liked · Yesterday · 

Seperti yang dijangka, dana-dana rakyat terus digunakan untuk menyelamatkan 1MDB. Caranya ialah dengan dana-dana ini membeli tanah dari 1MDB, yang pada asalnya adalah tanah kerajaan. Pencen, Tabung Haji dah sudah. Sebarkan.

11 MEI 2015

BATALKAN SEMUA URUSNIAGA HARTANAH MELIBATKAN IMDB DAN DANA RAKYAT 

Saya mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) iaitu tabung pencen negara yang dilaporkan turut membeli tanah di Tun Razak Exchange dari 1MDB. Pembelian tanah tersebut, walaupun dilaporkan pada harga yang lebih murah dari yang dibayar Tabung Haji (TH) adalah satu lagi bentuk suntikan dana untuk menyelamatkan (“bail out”) 1MDB.

Tanah-tanah yang dibeli oleh TH dan kini KWAP adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan. Malah, tanah yang dibeli oleh TH pada mulanya dikhususkan untuk Tabung Hartanah Bumiputra tetapi akhirnya diberikan kepada 1MDB pada harga yang cukup murah.

Melalui penjualan tanah-tanah ini, akhirnya Kerajaan Persekutuan bukan sahaja hilang tanah-tanah ini tetapi rugi besar apabila 1MDB mengaut keuntungan atas angin. Keuntungan atas angin yang dikaut oleh 1MDB ini akhirnya digunakan untuk membayar faedah-faedah bernilai ratusan juta ringgit yang terpaksa dibayar beberapa kali setahun sedangkan dana asal yang dipinjam sebanyak RM42 bilion itu tidak diketahui ke mana perginya.

KWAP sudah pun meminjamkan RM4 bilion kepada sebuah anak syarikat 1MDB dalam tahun 2011 dan laporan kewangan terkini yang diaudit menyatakan bahawa sejumlah RM3.1 bilion adalah pelaburan yang juruaudit tidak mempunyai sebarang maklumat.

Saya percaya 1MDB juga telah dan sedang berbincang dengan agensi/badan pelaburan negara yang lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk turut sama menyertai pembangunan hartanah di Tun Razak Exchange seperti mana yang telah berlaku dengan TH dan KWAP.

Sebarang urusniaga melibatkan KWSP, LTAT dan PNB membeli tanah-tanah Kerajaan Persekutuan yang diberikan pada harga yang rendah kepada 1MDB adalah satu tindakan menyelamatkan (“bail out”) 1MDB yang perlu dihentikan segera.

Oleh yang demikian, saya menggesa supaya pihak yang berwajib mengambil tindakan seperti berikut:

1. Pengurusan TH, KWAP, KWSP, LTAT dan PNB perlu membuat kenyataan terbuka menyenaraikan sebarang urusniaga mereka dengan 1MDB termasuk pegangan bon, pemberian pinjaman, pembelian tanah dan apa-apa urusniaga yang pernah dirundingkan dengan 1MDB supaya rakyat tahu sejauh mana keterlibatan dana awam dengan 1MDB;

2. Dato’ Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tanah-tanah yang diberikan kepada 1MDB dijual kembali kepada Kerajaan Persekutuan pada harga yang sama yang dibayar oleh 1MDB dahulu; sebarang penjualan kepada TH, KWAP, KWSP, LTAT dan PNB perlulah dibuat terus dari Kerajaan Persekutuan kepada agensi-agensi tersebut;

3. Dato’ Seri Najib Tun Razak mengarahkan agar semua perjanjian dan kontrak melibatkan penjualan hartanah oleh 1MDB kepada agensi-agensi dana rakyat ini dibatalkan segera secara suka sama suka (“mutual termination of contract”).

Saya mencabar supaya Ketua Pemuda Umno, Saudara Khairy Jamaluddin menjadi suara di dalam Umno yang menuntut ketelusan ini. Sekiranya beliau tidak mendapat jawapan yang memuaskan seperti yang dikehendaki di dalam (1), wajarlah beliau mengambil langkah berprinsip meletakkan jawatan dari Kabinet.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUS

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena