Friday, 8 May 2015

Ku sangka 2, Rupanya 3...JANGAN-JANGAN 4! 1MDB depa, Tabung Haji pun depa jugak...

Sabtu, 9 Mei 2015

Bukan tiga.. tapi empat, 1MDB depa.. Tabung Haji pun depa jugak..


Skandal meletup pembelian tanah antara Lembaga Tabung Haji dan syarikat bermasalah milik kerajaan 1MDB telah mengundang kritikan dan persoalan daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda Umno sendiri.

Malah ia telah digelarkan sebagai satu operasi ‘bailout’ oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyelamatkan 1MDB yang dibebani hutang berbilion ringgit.

“Persoalan mengenai konflik kepentingan telah muncul apabila didedahkan bahawa eksekutif senior Tabung Haji juga kebetulan memegang jawatan tinggi dalam 1MDB,” ujar Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengulas skandal tersebut.

Empat individu didapati memegang jawatan tinggi di kedua-dua syarikat yang berurusniaga dalam pembelian tanah seluas 1.56 ekar pada nilai RM184 juta tersebut yang sebelum ini dibeli oleh 1MDB pada harga sekadar RM4.5 juta atau RM64 satu kaki persegi.

Empat individu tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang juga Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Dato’ Johan Abdullah yang juga pengerusi salah sebuah anak syarikat 1MDB, Anggota Panel Pelaburan Tabung Haji Tan Sri Abdul Samad Alias serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Irwan Serigar yang kedua-duanya menganggotai Panel Penasihat 1MDB.

“1MDB telah menjual tanah ini kepada Tabung Haji, yang nampaknya telah bertindak bertentangan dengan amaran laporan penilaian risikonya,”

“Ini membangkitkan kebimbangan tentang kemungkinan duit para bakal haji disalahgunakan untuk menyelamatkan syarikat dana kekayaan negara yang sedang bermasalah,” ujar Zairil dalam satu kenyataan.

Menurut Zairil, apa yang lebih menarik lagi ialah pihak yang menyatakan kebimbangan wujudnya konflik kepentingan berkait empat individu tadi adalah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri, Dato’ Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno yang juga anggota Kabinet, Khairy Jamaluddin.

“Tak sampai sebulan Pemuda Umno menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak, di tengah-tengah dakwaan dan persoalan mengenai skandal 1MDB. Cepat betul keadaan berubah,” ujarnya sinis.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu juga menegaskan bahawa keseluruhan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji mesti meletakkan jawatan, bukan sahaja mereka yang bertapak di kedua-dua syarikat.

“Jelas sekali pengurusan tertinggi Tabung Haji telah gagal menjalankan tugas bukan sahaja sebagai pengurus dana rakyat, tetapi juga pemegang amanah tanggungjawab agama umat Islam,” kata beliau.

Justeru katanya, tanggungjawab harus dipikul oleh individu yang bukan sahaja merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, tetapi juga turut berperanan melantik kakitangan di kedua-dua Tabung Haji dan 1MDB, iaitu Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

“Tidak ada pilihan lain. Perdana Menteri mesti bertanggungjawab penuh dan meletakkan jawatan dengan serta merta,” tegas beliau. – Roketkini.com.


Comment (1)

0
Benci Penyelewengan's avatar
Benci Penyelewengan· 24 minutes ago
Adalah tidak wajar dan tidak masuk akal dokumen perjanjian tanah antara Lembaga Tabung Haji (TH) - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diklasifikasikan sebagai OSA kerana skandal 1MDB-TH melibatkan wang rakyat yang disimpan dalam TH ! Rakyat berhak mengetahui apa yang telah berlaku kepada wang simpanan mereka dalam TH! Dan wang TH bukan harta lembaga pengarah TH dan 1MDB ! Mengapa pecah amanah mesti ditutup dengan OSA? Mengapa skandal 1MDB-TH mesti disembunyikan daripada pengetahuan rakyat? Mengapa lembaga pengarah takut skandal ini terbongkar?

Dan kita tahu beberapa orang ahli lembaga pengarah TH adalah juga terlibat dalam pentadbiran 1MDB maka tidak hairanlah berlaku konflik kepentingan dan rakyat pula yang menjadi mangsa ! 

Sepatutnya polis menyiasat lembaga pengarah TH dan 1MDB kerana wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan 1MDB. TH telah menggunakan wang rakyat dalam TH untuk membeli tanah 1MDB pada harga yang berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga asal yang diperolehi oleh 1MDB walaupun negara ini sedang mengalami kemelesetan ekonomi dan amalan ini adalah bercanggah dengan ilmu ekonomi dan perniagaan! 

Polis sepatutnya melindungi orang yang mendedahkan skandal 1MDB-TH kerana ia melibatkan kepentingan ramai rakyat negara ini yang menyimpan wang dalam TH!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena