Friday 3 November 2017

[Video Tambun Ditegur Speaker, Hanipa Cabar Tambun Ulang Tuduhan Di Luar Parlimen & Husni Hanadzlah Sudah Kena Beli?] Mukhriz: Husni dah pusing 180 darjah.

Jumaat, 3 November 2017


Mukhriz: Husni dah pusing 180 darjah

Keyakinan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa Malaysia mampu mencapai tahap sifar rasuah bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan tidak masuk akal.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, realiti sekarang Najib sendiri yang menunjukkan teladan buruk.
“Kalau nak buat (sifar rasuah), orang paling atas kena tunjukkan contoh yang terbaik.

“Sekarang ini saya lihat di peringkat setiausaha bahagian, kementerian boleh hilang RM100 juta lebih.
“Sebab mereka yang bawah melihat bos mereka dua kali lima jadi mereka ikut sahaja, kalau bos mereka boleh buat takkan mereka tak boleh buat,” katanya ketika ditemui pemberita ketika menghadiri Program Sembang Santai Bersama Mukhriz di Wangsa Maju hari ini.

Terdahulu Husni yang juga anggota parlimen Tambun dilapor sebagai berkata, berdasarkan kesungguhan, beliau yakin Malaysia akan mencapai tahap sifar rasuah bawah pentadbiran Najib.

Sementara itu, Mukhriz turut mengkritik pendirian terbaru Husni yang sebelum ini dilihat secara lantang dalam isu 1MDB.
“Ini lebih meyedihkan lagi apabila seorang yang dulu kita lihat berprinsip, tapi dia buat pusingan 180 darjah,” kata Mukhriz.

Mukhriz pada masa sama tidak menolak amalan rasuah bukan sahaja berlaku di zaman Najib tetapi ketika era pemerintahan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, katanya, cara Mahathir menanganinya berbeza sama sekali.
“Tun Sendiri mengakui perkara itu, tapi dia berusaha memerangi rasuah jadi dia pinda dasar kerajaan perketat undang-undang, dia lebih progresif, tapi malangnya perdana menteri yang ada sekarang begitu licik dan hebat mengelak daripada dikenakan tindakan,” katanya.
Bincang soal pekerjaan
Sementara itu, mengulas program sepetang bersama beliau, Mukhriz berkata banyak permasalahan anak muda yang dapat dikongsi.
Mukhriz berkata antaranya adalah soal peluang pekerjaan sedia ada hari ini.
Bagaimanapun, Mukhriz berkata golongan muda itu sendiri perlu mengetengahkan cadangan mereka tentang apa yang BERSATU dan Pakatan Harapan dapat membantu mereka.

malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena