Sunday 18 November 2018

[Video Anwar beri peringatan lagi! Sekarang, saya akan tangkap dan TERAJANG mereka ini] Polis siasat YDP Dewan Negara pula...Dia ingat boleh besar kepala samseng VVIP macam dulu ka! Era Najib UmnoBN bole la.

Ahad, 18 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Suara Rakyat
Jika benar dakwaan YDP Dewan Negara boleh langgar protokol keselamatan KLIA semasa BN berkuasa, kenapa tiada tindakan polis/ siasatan polis diambil terhadap beliau dahulu?
VIP MIC-BN ni ingat mereka boleh besar kepala samseng VVIP macam dulu ka!

Polis siasat dakwaan YDP Dewan Negara langgar protokol keselamatan

SEREMBAN: Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran yang didakwa melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 November lalu.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata satu laporan polis dibuat oleh pihak pengurusan lapangan terbang malam tadi dan pihaknya akan menunggu laporan lengkap siasatan berkenaan.
“Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini. Tetapi memandangkan laporan polis telah dibuat, biarlah polis jalankan tugas mereka, saya akan tunggu laporan penuh siasatan itu nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis berkenalan dan taklimat agensi-agensi kerajaan bersama pusat khidmat Adun Temiang dan ahli jawatankuasa majlis pengurusan komuniti Kampung Bukit Temiang dan Kampung Bukit Merbah hari ini.
Kejadian berlaku pada 14 November lalu pada 10.14 malam ketika presiden MIC itu diminta berhenti oleh pegawai yang ditempatkan di laluan VIP kerana tidak mematuhi kod pakaian.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikeluarkan pihak berkuasa, Vigneswaran tidak berhenti dan meneruskan turun ke bawah di bahagian lobi VIP.
Loke berkata sebagai kerajaan baharu yang mempertahankan pelaksanaan undang-undang, kementerian tidak teragak-agak untuk mempertahankan pegawai kerajaan yang menjalankan tugas mengikut prosedur dan protokol yang benar ketika menjalankan tugas.
Tambahnya beliau dimaklumkan Vigneswaran tidak akan membuat sebarang permohonan maaf, kerana berpendapat beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan itu adalah hak beliau sama ada mahu memohon maaf atau tidak.
“Pada saya kalau kita rasa kita sudah menyakiti hati orang lain dengan perbuatan dan perkataan kita, memohon maaf adalah perkara yang terbaik untuk dilakukan.
“Memohon maaf tidak akan merendahkan martabat seseorang, sebagai seorang yang mempunyai posisi yang dihormati di Dewan Negara, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata kementerian sentiasa mencari formula dan pendekatan baharu bagi membantu semua golongan termasuk pemandu teksi dan pengusaha kereta sewa.
“Kami menggalakkan golongan itu untuk melaksanakan e-hailing supaya membantu meningkatkan pendapatan mereka. Melalui sistem ini, mereka boleh mendapatkan pelanggan selain menggunakan kaedah biasa,” katanya.
Usaha kementerian untuk membantu pemandu teksi akan diteruskan selepas Agensi Pengangkutan Awam Darat ditubuhkan tahun hadapan, katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Bantuan Anak Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Negeri Johor bagi meringankan beban kumpulan itu berikutan pendapatan mereka semakin berkurangan kebelakangan ini.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena