Friday, 23 November 2018

[Video MELAYU LEBIH BERANI dalam politik Malaysia Baharu] Dah tak munasabah berhimpun bantah Icerd.

Sabtu, 24 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Dari awal lagi Tun M & k'jaan PH dah bagitau Malaysia tidak akan meratifikasi ICERD, tapi masih berdegil nak bantah gak, memainkan sentimen api perkauman & agama dalam negara demi meraih undi sokongan & simpati rakyat di atas kekalahan mereka dalam PRU14...

Dah tak munasabah berhimpun bantah Icerd

Selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menerima Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), sewajarnya tiada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan, kata Muhyiddin Yassin.
Menurut menteri dalam negeri itu tidak ada sebab munasabah untuk mana-mana pihak meneruskan perhimpunan yang dirancang sebelum kerajaan memberi kata putus mengenai penolakan Icerd itu.
Namun kata beliau untuk meraikan hak bersuara dan berhimpun yang ditetapkan perlembagaan kerajaan mengingatkan bahawa sesuatu perhimpunan itu tetap tertakluk di bawah undang-undang negara.
"Sekiranya pihak penganjur meneruskan juga hasrat untuk mengadakan perhimpunan tersebut, saya ingin menegaskan bahawa penganjurannya tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Pihak penganjur hendaklah mematuhi peruntukan akta ini dan segala syarat yang ditetapkan oleh pihak polis," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
PAS, Umno serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan merancang untuk berhimpun di Kuala Lumpur pada 8 Dis ini sebagai tanda membantah cadangan untuk menerima Icerd yang dianggap mengancam kedudukan serta hak orang Melayu, Islam serta bumiputera.
Bagaimanapun petang tadi kerajaan secara rasmi mengesahkan untuk tidak akan meratifikasi Icerd kerana isu yang berkaitan dengannya sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Namun PAS dan Gerakan Pembela Ummah berkata mereka akan meneruskan perhimpunan itu dengan tujuan yang berbeza - iaitu menyatakan kesyukuran.
Umno pula bertegas mahu penegasan untuk menolak Icerd itu dilakukan dalam Dewan Rakyat.
Muhyiddin berkata Icerd ditolak kerajaan kerana ia dilihat bercanggah dengan beberapa peruntukan dalam perlembagaan.
"Saya menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan atau membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan kaum dan agama serta menjejaskan ketenteraman awam di negara ini.
"Undang-undang berkaitan hasutan masih berkuat kuasa dan tindakan tegas boleh diambil ke atas mana-mana individu yang sengaja mencetuskan sentimen kaum," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena