Tuesday, 20 November 2018

[Video Promoter Cina cuba dimalukan] Serangan KATA LUCAH terhadap pekerja pasar raya! POLIS BURU SEORANG LELAKI! Ho, ho, hooo. Pemimpin DAP lapor polis isu video promoter wanita dimaki.

Selasa, 20 November 2018

Foto Suara Rakyat.
POLIS sedang mencari seorang lelaki yang secara lisan menyerang seorang gadis pekerja promosi bir di sebuah pasar raya yang tular baru-baru ini dalam sebuah video di internet.

Sumber polis Balai Polis Daerah Ampang Jaya berkata polis sedang menyiasat perkara tersebut...
NAK TEGUR WAJIB GUNA tunjuk isyarat lucah 'JARI TENGAH' ka ??!.. Ikut ajaran Melayu mana tu ?
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/112841

Pemimpin DAP lapor polis isu video promoter wanita dimaki

Pemimpin DAP hari ini membuat laporan polis berikutan klip video tular yang melibatkan promoter minuman keras di sebuah pasar raya.
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, laporan itu dibuat bagi memastikan polis mengambil tindakan bagi menangani ketegangan kaum yang semakin menjadi-jadi di negara ini.
“Niat saya membuat laporan polis hari ini adalah bagi meminta pihak kerajaan, pihak berkuasa serta pelbagai agensi termasuk polis untuk tampil dengan satu penyelesaian yang dapat menangani ketegangan kaum di Malaysia.
“[...] Saya tak mahu sesiapa pun daripada mana-mana kategori masyarakat, bangsa mahupun jantina mendapat penghinaan (sebegitu).
“Kita adalah negara demokrasi, kita sepatutnya saling menghormati dan kita sepatutnya terus besatu sebagai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya kepda pemberita selepas melakukan laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.
Dalam laporan tersebut, Lim merujuk kepada laporan berita berhubung klip video yang memaparkan seorang individu menggunakan kata-kata kesat dan "berbaur rasis" terhadap seorang promoter wanita.
Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di pusat membeli belah Ampang Point.
Dalam video berdurasi kira-kira 46 saat itu, seorang individu mendekati seorang wanita promoter berbangsa Cina yang sedang mengedarkan perasa (tester) minuman keras di salah sebuah pasar raya.
Individu berkenaan didengar mempertikai dan mendakwa perasa minuman keras itu diberikan kepada semua pelanggan.
Wanita berkenaan bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Individu itu kemudian mendesak promoter wanita berkenaan menggunakan bahasa Melayu.
Setelah gesaannya agar perempuan itu berbahasa Melayu tidak diendahkan, lelaki itu menunjukkan isyarat lucah.
Berdasarkan susunan arak yang boleh dilihat dalam klip video itu, dipercayai kejadian itu berlaku di seksyen tidak halal.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena