Sunday 25 November 2018

[Video Umno dah kacau bilau Najib-Zahid? Najib bersuara mengenai Jho Low, Polis soal Edy Rejang] Lebai dah jadi tukang tilik la plok! Perghhh, makin dahsyat Utusan sekarang ini! Daripada PEMBOHONG kepada PENGKHIANAT pulak! Apakah ini direstui Zahid Hamidi?

Ahad, 25 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Sepatutnya kerajaan kena lantik semula#ArulKanda1MDB untuk perjelaskan segala isu2 kerajaan terhadap PAS.
#ArulKanda kelentong kencing 1MDB yg terpalit byk skandal duit kena curi berbilion2 ringgit pada PAS pun #PasPuasHati..
Kalau setakat ICERD ini rasanya mudah jer Arul Kanda boleh beri penjelasan atas meja bulat dgn PAS..
#Kah355
Foto Suara Rakyat.
Lebai dah jadi tukang tilik la plok...
Cuba tilik dah berapa besar tanam kunyitnya?

DARIPADA PEMBOHONG KEPADA PENGKHIANAT, APAKAH INI DIRESTUI ZAHID HAMIDI?


Perghhh....makin dahsyat Utusan sekarang ini!

Meskipun akhbar itu masih dimiliki UMNO dan berada di bawah kawalan Zahid Hamidi selaku Presidennya, tetapi serangannya kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang kini sudah hilang kuasa nampaknya bukan kepalang dan seolah-olah tiada simpati sama sekali.

Sebelum ini selepas interbiu dengan Al-Jazeera di mana Najib mengatakan beliau tidak pasti sumber sebenar wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya, Utusan dengan keras menuduh bekas Perdana Menteri itu sebagai pembohong.

Kata akhbar itu, rakyat dan ahli UMNO seolah-olah tertipu apabila Najib selama ini mengatakan dana berbilion ringgit yang diterimanya itu adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

“Tidak masuk akal Najib tak tahu sumber wang sebesar itu setelah pendedahan demi pendedahan yang menjurus bahawa wang itu datangnya daripada Tanore Finance yang dimiliki oleh Jho Low,” bidas Utusan lagi.

Terbaru ini dengan pendedahan oleh Ketua Audit Negara bahawa Najib telah mengarahkan pindaan terhadap laporan asal audit 1MDB dengan mengeluarkan beberapa fakta, antaranya berkaitan kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat pelaburan itu, Utusan sekali lagi melakukan serangannya.

Kali ini Utusan menganggap Najib sebagai pengkhianat negara berikutan tindakannya mengarahkan pindaan kepada laporan audit itu.

Daripada pembohong, kini pengkhianat negara - sangat mengejutkan jika yang melabel demikian kepada Najib ialah akhbar milik UMNO sendiri di mana ketika Najib menjadi Perdana Menteri sebelum ini, sudah tentu banyak bantuan telah dihulurkan oleh beliau kepada akhbar berkenaan.

Kenapa Utusan begitu keras menyerang Najib sedangkan akhbar berkenaan adalah milik UMNO dan Zahid Hamidi yang kini menjadi Presiden UMNO serta mengawal akhbar itu juga adalah kawan baik kepada Najib sendiri?

Apakah Utusan tidak mengenang budi?

Bolehkah dipercayai tindakan Utusan ini?

Adakah Utusan mahu mengambil hati rakyat Malaysia yang sudah menolak UMNO atau langkah terbaru akhbar itu memang direstui oleh Zahid Hamidi sebagai isyarat agar Najib tidak terlalu banyak membuka mulut dan sebaiknya hanya duduk diam-diam menanti kesnya dibicarakan di mahkamah?

Adakah Zahid Hamidi sebenarnya berasa semakin lemas dan rimas kerana Najib tidak mahu duduk diam serta kekerapannya terus bersuara  telah membayangi dan menenggelamkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO? (ShahbudinHusin 25/11/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena