Tuesday, 27 November 2018

[Video Awak cakap senang, tapi tak semudah begitu & Dia pergi sana untuk selamatkan nyawa tapi harini] 1,400 anggota FRU dan polis trafik akan berkawal di kuil malam ini & Pekerja syarikat pemaju antara 19 direman.

Selasa, 27 November 2018

Foto Otai BERSIH.
Kepada pengguna Lebuhraya LDP dari Puchong menghala USJ/Hicom/Shah Alam, laluan berhampiran Kuil USJ 25 DITUTUP kepada semua kenderaan. Semua kenderaan dilencongkan ke Putra Height. Harap maklum..
Kira-kira 1,400 anggota FRU dan polis trafik akan berkawal di kuil Sri Maha Mariamman malam ini - Timbalan Ketua Polis Negara.
Foto Otai BERSIH.
SIARAN SEGERA: Kenyataan Akhbar YAB Perdana Menteri berkenaan kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman.

Pekerja syarikat pemaju antara 19 direman

Sekurang-kurangnya tiga pekerja One City Development Bhd telah direman susulan rusuhan dan pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.
Jumlah itu daripada 19 individu yang direman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya tengah hari tadi.
One City Development Bhd adalah pemilik kepada tanah di mana kuil berusia lebih seratus tahun itu terletak. Usaha syarikat itu untuk memindahkan kuil itu membawa kepada pertembungan Isnin lalu.
Dua pekerja diwakili peguam Haniff Khatri Abdullah manakala seorang lagi oleh Rafiqu Rashid Ali.
Haniff berkata anak guamnya dikenakan tahanan reman dua hari, manakala Rafique memaklumkan anak guamnya direman empat hari.
"Polis memohon reman tujuh hari tetapi majistret memberikan dua hari untuk anak guam saya, iaitu sehingga tengah malam Rabu, pagi Khamis," kata Haniff kepada pemberita di luar mahkamah.
Sementara itu 16 individu lagi, termasuk tiga yang kini dirawat di hospital, direman lima hari.
Menurut Haniff, mereka disiasat menurut Seksyen 148, 427, 435 dan 447 Kanun Keseksaan.
Seksyen 148 berkenaan melakukan rusuhan dengan menggunakan senjata manakala Seksyen 427 tentang melakukan perbuatan khianat yang mendatangkan kerugian lebih RM25,000.
Seksyen 435 berkenaan khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat menimbulkan kerugian melebihi RM25,000, dan Seksyen 447 tentang melakukan pencerobohan.
Pertembungan pada Isnin lalu membuatkan kira-kira 2,000 orang berhimpun dekat kuil itu awal pagi semalam.
Keganasan turut tercetus ketika itu apabila ada di kalangan orang yang berhimpun membakar kereta dan memukul seorang anggota bomba sehingga cedera parah.
Kejadian kira-kira jam 2 pagi Isnin itu tercetus apabila puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil hingga berlaku pergaduhan antara dua kumpulan yang menyebabkan 18 kereta pelbagai jenis dan dua motosikal terbakar.
mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena