Tuesday 27 November 2018

[Video Peguam ambil 'budak Melayu' diupah RM150 hingga RM300 seorang ceroboh kuil] TU DIA! Gara-gara sebab RM150,000, tak pasal-pasal satu Malaysia menjadi tegang.

Rabu, 28 November 2018
Foto Suara Rakyat.
TU DIA! Rupa2nya ni la dalang sebenar rusuhan kuil Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, kelmarin.

Gara-gara sebab RM150,000, tak pasal-pasal satu Malaysia menjadi tegang.

ADA 'spesis' yg keluarkan kenyataan bodoh, ADA yg ambil kesempatan raih sokongan murahan, ADA yg ambil kesempatan huru-harakan negara.
Akhirnya, yg rugi adalah rakyat yg tiada kena mengena..

Penceroboh kuil diupah RM150 hingga RM300 seorang


Kekecohan dan ketegangan di kuil Sri Maha Mariamman sejak beberapa hari lalu berpunca daripada tindakan sekumpulan orang menceroboh rumah ibadat penganut Hindu itu, kata Muhyiddn Yassin.
Kata menteri dalam negeri itu, mereka ialah sekumpulan lelaki yang diupah peguam syarikat pemaju dan pemilik tapak berkenaan.
Kata Muhyiddin kumpulan lelaki terbabit menceroboh kawasan kuil dan mengawal kawasan tersebut sebelum pihak pemaju dan anggota polis tiba pada pagi 26 Nov lalu.
"Berdasarkan siasatan polis, sejumlah RM150,000 diserahkan kepada ketua kumpulan terbabit untuk melakukan kerja menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil.
"Lebih kurang 50 orang diupah untuk melakukan kerja itu yang setiap setiap seorang daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Menurut Muhyiddin tindakan menceroboh itu amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang.
Ia juga katanya menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang berada di kawasan kejadian sehingga menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan kerosakan harta benda.
"Saya amat kesal dengan tindakan gopoh dan cuai yang diambil pihak dikaitkan dengan syarikat pemaju yang jelas melanggar undang-undang," katanya.
Menurut Muhyiddin lagi, sekiranya tindakan gopoh dan cuai ini tidak diambil, beliau percaya insiden pergaduhan tidak berlaku.
malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena