Sunday 25 November 2018

[Video Lima Parah! Geng Gaduh Rebut Kawasan Kuil Subang Jaya] Polis DEDAH PUNCA pergaduhan antara Pemaju & Penganut Kuil Seafield! Rusuhan di kuil: Polis tahan tujuh lelaki...Tiada unsur PERKAUMAN wokeyyy!

Isnin, 26 November 2018

Polis DEDAH PUNCA Pergaduhan Pemaju & Penganut Kuil Seafield!


Ketua Polis Selangor, Mazlan Mansor mengesahkan pihaknya menahan tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di Subang Jaya, awal pagi tadi.
Katanya, semua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar ibu negara dan Selangor antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari tadi.
"Peranan mereka dalam kejadian masih disiasat.
"Buat masa ini, kita telah menempatkan sebanyak 700 anggota dan pegawai polis di lokasi kejadian bagi memantau keadaan dari semasa ke semasa," katanya yang dipetik.
Bernama sebelum ini, memetik Mazlan sebagai berkata dua individu ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang pagi tadi akibat tercedera dalam kejadian awal pagi itu.
"Sebanyak 18 buah kereta pelbagai jenis dan dua motosikal turut dibakar dalam kejadian berkenaan.
“Sebuah kereta peronda polis turut rosak akibat dibaling batu oleh perusuh," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, hari ini.
Beliau berkata, bilik gerakan itu menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 2.45 pagi.
“Hasil maklumat diterima, sebuah kereta peronda dihantar ke lokasi. Bagaimanapun, cermin belakang kereta peronda itu pecah selepas dibaling batu oleh perusuh menyebabkan anggota bertugas meminta bantuan unit lain.
“Ketua Polis Daerah Subang Jaya tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit selepas menerima panggilan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kira-kira 50 lelaki berada di dalam kawasan kuil terbabit, manakala beberapa individu lain berada di luar pagar kuil.
“Berlaku saling mencaci dan mencabar antara dua kumpulan terbabit. Dua lelaki dalam lingkungan usia 30-an cedera dalam kejadian itu. Selain itu, 18 kenderaan, termasuk dua motosikal di kawasan berkenaan dibakar,” katanya.
Insiden kekecohan itu dikatakan berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil, yang berusia lebih 100 tahun.
Video kejadian itu viral dalam media sosial. Turut dilaporkan banyak kenderaan terperangkap dalam kesesakan di sekitar kawasan berkenaan pada waktu puncak pagi ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya tiba ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat bagi memastikan keadaan terkawal.
“Polis akan melaksanakan tugasan mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam ketika proses pemindahan kuil berusia lebih 140 tahun itu.
“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena