Friday, 23 November 2018

[Video Himpunan ICERD-DIG BERI AMARAN TEGAS & Mengapa 'NAJIB tak duduk dalam KOTAK (Kandang) OKT'] Utusan (akhbar milik Umno dikuasai Zahid Hamidi) mendedahkan laporan audit 1MDB telah dipinda atas arahan Najib? Cepatlah jawab Najib! Kenapa lambat sangat?

Jumaat, 23 November 2018

"NAJIB RAZAK & KOTAK OKT"

Image result for Foto Najib dalam kandang mahkamah

NAJIB, CEPATLAH JAWAB?

Utusan, akhbar milik UMNO yang kini di bawah penguasaan Zahid Hamidi mendedahkan laporan audit 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara pada 2016 lalu telah dipinda daripada laporan asalnya atas arahan Najib Razak.

Melalui sumber yang diperolehi Utusan, pindaan yang diarahkan Najib itu ialah untuk mengeluarkan maklumat berkenaan pembabitan beliau dan Jho Low dalam aktiviti perniagaan 1MDB.

Arahan pindaan itu dilaporkan dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri bersama Ketua Audit Negara, Ambrin Buang yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukri Mohd Salleh.

Berikutan itu, Ketua Audit Negara sekarang, Madinah Mohamad dijangka akan membentangkan laporan audit asal 1MDB itu kepada  kabinet dalam masa yang terdekat dan seterusnya kepada  prosiding siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC pada awal bulan depan.

Adalah dipercayai pendedahan sumber tersebut kepada Utusan adalah susulan pengakuan Najib dalam satu temubual semalam bahawa beliau telah ditipu oleh Jho Low dalam urusniaga 1MDB.

Sumber itu dilaporkan pelik dengan pengakuan Najib itu kerana beliau sebenarnya bukan saja tahu mengenai urusniaga 1MDB, malah mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan audit yang mengaitkan namanya dan Jho Low dalam urusniaga syarikat pelaburan sarat hutang dan penuh skandal itu.
Jadi, sekarang nampaknya Utusan milik UMNO sendiri pun sudah tidak percaya bahawa Najib telah ditipu oleh Jho Low sebagaimana yang disebutnya itu.

Apa pun,  bila agaknya Najib mahu memberi penjelasan berhubung pendedahan Utusan kali ini?

Biasanya bukan main cepat Najib memberi reaksi terhadap sesuatu isu yang timbul berkaitan dirinya dengan menggunakan laman FBnya, tetapi kenapa sehingga sekarang beliau belum muncul-muncul lagi dengan komennya berkaitan dakwaan pindaan terhadap laporan asal audit 1MDB yang dikatakan diarahkannya itu?

Kenapa lambat sangat? 

Bukankah yang diperlukan hanya jawapan “ya” atau “tidak” saja? (ShahbudinHusin 23/11/2018)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena