Friday 23 November 2018

[Video Isu Icerd: Orang Melayu dan bumiputera kena tengok video ne..] Selepas ini hanya GARI DAN LOKAP SAJA UBATNYA...

Sabtu, 24 November 2018

Tumpang sekole.


SELEPAS INI HANYA GARI DAN LOKAP SAJA UBATNYA...

Meskipun kerajaan semalam telah membuat keputusan tidak akan meratifikasi atau mengesahkan ICERD, satu konvensyen PBB mengenai penghapusan diskriminasi kaum, tetapi UMNO dan Pas nampaknya tetap mahu mengadakan perhimpunan bantahan pada 8 Disember depan ini.

UMNO, melalui kenyataan yang dibuat oleh Presidennya, Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung, Annuar Musa menyatakan pengumuman kerajaan menolak ICERD sekadar melalui kenyataan media adalah tidak memadai untuk dipatuhi.

Sebaliknya, mereka menuntut ianya mesti dibuat dalam suatu pengumuman di Parlimen.
Gambarannya ialah dengan menolak keputusan kerajaan itu bermakna UMNO tetap akan berhimpun bersama dengan Pas pada 8 Disember nanti.

Kedua-dua Zahid Hamdi dan Annuar pernah menjadi menteri sebelum ini, namun mereka terlihat sengaja menimbulkan persoalan baru berhubung keputusan kerajaan menolak ICERD itu sebagai alasan untuk terus berhimpun dan mencetuskan huru-hara dalam negara.

Sebetulnya, keputusan yang dibuat oleh kerajaan semalam bukan semata-mata kenyataan media biasa oleh Pejabat Perdana Menteri atau keputusan Tun Mahathir Mohamad seorang, tetapi ia adalah keputusan kabinet yang dibuat secara sebulat suara oleh semua menteri-menteri.
Sesuai dengan kerajaan yang memutuskan tidak akan menandatangani ICERD itu, maka sudah tentu keputusan oleh kabinet adalah yang paling sesuai dan munasabah sekali.

Susahkah Zahid Hamidi dan Annuar nak faham dan hadam mengenainya?

Pas pula memberi alasan akan terus berhimpun pada 8 Disember nanti sebagai tanda kesyukuran kerana ICERD akhirnya tidak akan ditandatangani oleh kerajaan.

Maknanya, daripada berhimpun untuk membantah ICERD, Pas kini mahu terus berhimpun kerana ICERD telah pun dibatalkan.
Pasti Islam ini pun pelik juga. Biasanya orang berhimpun di tempat terbuka hanya kerana ingin menyatakan bantahan dan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara, bukan untuk bersyukur

Kalau mahu mengadakan kesyukuran, buatlah di masjid atau berziarah sambil bersedekah ke rumah anak-anak yatim.

Sebenarnya, sama seperti UMNO, Pas juga sudah hilang modal untuk terus menggugat kestabilan kerajaan apabila kabinet dengan segera membuat keputusan tidak akan menandatangani ICERD itu, meskipun mereka telah membuat persiapan seperti menempah ribuan baju T dan melakukan kutipan derma melalui tin-tin milo di pelbagai majlis ceramah kebelakangan ini.
Keinginan UMNO dan Pas untuk terus berhimpun pada 8 Disember depan, meskipun setelah kerajaan memutuskan tidak akan menandatangani ICERD tidak lain hanya menyerlahkan niat  dan tujuan sebenar kedua-dua parti itu melakukan bantahan.
Sepertimana kata Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri dalam kenyataannya malam tadi, tidak perlu dan tidak munasabah lagi untuk sesiapa meneruskan bantahan berikutan keputusan kerajaan berkaitan ICERD itu.

Sambil mengingatkan mereka yang mahu berbuat demikian bahawa mereka kini tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 serta terikat dengan syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh pihak polis, Muhyiddin juga menegaskan tindakan tegas berlandaskan undang-undang turut akan diambil jika tercetusnya ketegangan kaum serta agama menerusi perhimpunan itu nanti.

Faham tak?

Kalau tak faham lagi, barangkali hanya gari dan lokap saja ubat paling mujarab untuk mereka itu, waima kepada Zahid Hamidi, Annuar Musa, Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man sekali pun. (ShahbudinHusin 24/11/2018)

1 comments:

pas@pis said...

keterangan yg amat jelas yg perlu dihadam dan diamalkan oleh setiap rakyat malaysia termasuk oleh pemayung agama

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena