Saturday 24 November 2018

[Video Lim Guan Eng & Tony Pua bongkar penipuan Najib hingga Najib terduduk di Parlimen] Bos Edge: Najib usir saya bila cakap penipuan Jho Low.

Ahad, 25 November 2018

APA PULA PENJELASAN NAJIB MENGENAI PERKARA INI?

Semalam, Utusan dalam laporannya mendedahkan tentang wujudnya arahan daripada Najib Razak agar dibuat pindaan terhadap  laporan asal audit 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara.

Pindaan yang diarahkan Najib itu ialah untuk mengeluarkan bahagian yang mengaitkan penglibatan beliau dan Jho Low dalam urusniaga syarikat pelaburan tersebut.

Adanya arahan tersebut dengan sendirinya menunjukkan Najib bukan saja tahu tentang penyelewengan dalam urusniaga 1MDB, tetapi juga sedar mengenai kegiatan Jho Low yang menyebabkan syarikat itu kehilangan beribu bilion wangnya dan cuba menutupnya dengan melakukan pindaan kepada laporan audit yang menunjukkan ada kebenarannya.

Sehingga ini, Najib belum lagi tampil menafikan laporan akhbar milik UMNO yang kini berada di bawah penguasaan Zahid Hamidi itu.

Mengapa Najib sehingga kini tidak berani menjelaskannya?
(ShahbudinHusin 24/11/2018)

Bos Edge: Najib usir saya bila cakap penipuan Jho Low

Pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong menangkis dakwaan bekas perdana menteri Najib Razak yang mengatakan tidak tahu menahu mengenai skandal 1MDB.
Tong mendakwa pada tahun 2015, beliau secara peribadi memaklumkan Najib di kediamannya bahawa terdapat bukti ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Jho Low melakukan penipuan terhadap 1MDB. Bagaimanapun kata Tong, beliau pula diusir.
Dalam ruangan editorial The Edge hari ini, Tong berkata pertemuan dengan Najib pada malam 6 Mac 2015 itu diatur oleh anggota parlimen Umno.
"Saya berjumpa dengan Najib di ruang tamu.
"Dia mula memberitahu saya bahawa The Edge salah dan masalah 1MDB adalah model perniagaan yang membawa terlalu banyak hutang. Tiada kecurian wang.
"Saya beritahu dia sebaliknya. Saya berkongsi dengannya maklumat yang saya percaya adalah bukti bahawa ia adalah satu penipuan, dengan Jho Low sebagai dalang.
"Saya menjelaskan bagaimana akaun itu dibuat untuk melaporkan keuntungan dan mengapa saya percaya wang tunai semuanya telah hilang.
"Selepas kira-kira setengah jam, dia kesal dan beritahu saya dia akan menutup 1MDB. Dia tidak mengatakan apa yang akan dilakukannya mengenai hutang itu.
"Saya kemudian beritahu Najib bahawa Jho Low mesti dipertanggungjawabkan dan didakwa. Ini mengecewakannya. Dia segera bangun, berjalan ke pintu dan meminta saya pergi.
"Saya terkejut kerana dia sangat sensitif terhadap Jho Low," kata Tong dalam kenyataannya.
Najib pada Khamis mengatakan bahawa Low mungkin telah menipu 1MDB, sambil sekali lagi menegaskan tidak tahu apa-apa mengenai penyelewengan 1MDB waktu itu.
Pada Ogos lalu, Low didakwa tanpa kehadirannya (in absentia) berhubung lapan tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di Putrajaya.
Jutawan itu juga dituduh tanpa kehadirannya oleh pendakwa AS, bersama dua jurubank Goldman Sachs berhubung kes 1MDB.
Mk.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Tu la nasib melayu umno ni. Dlm hidup Melayu. Rasis mcm bangsa lain takde Kat Malaysia. Cina India Jahat, Dap musuh islam. Alih2 bos Kebanggaan plak boleh percaya berbilion billion duit negara Kat cina. Mcm pas. Cina mca dgn Gerakkan baik. Dap Jahat. Aku ingat Bertapa mca ni anti pas. Hingga kedatangan pas ke program mca pun dikata tak dialu alukan... Mane la maruah org pas ye... Dia org mane ade maruah lagi... Tin Milo ade la... Kat dlm tin Milo tu la maruah dia org...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena