Sunday, 25 November 2018

[Video Kisah sebenar disebalik kes larangan azan di PP] Kebingungan lembu di depan kerana 'aksi lobai' di belakang? Setpol PM: Zahid, Hadi gila glamor & Untuk yang rugi dah print baju, Yayasan Akal Budi boleh taja balik, takde masalah kan.

Isnin, 26 November 2018


Foto Otai BERSIH.
Kebingungan lembu di depan kerana 'aksi lobai' di belakang..
Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and text

Syukur Icerd: Zahid, Hadi gila glamor - Setpol PM

Perhimpunan kesyukuran kerana kerajaan tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Semua Bentuk Diksriminasi Kaum (Icerd) yang dirancang pada 8 Disember ini hanya bertujuan untuk menjayakan cita-cita politik pemimpin pembangkang Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang.
Hal ini dijelaskan setiausaha politik kepada perdana menteri, Muhamad Zahid Md Arip yang menyifatkan pimpinan Pas dan Umno itu sebagai mengejar publisiti.
"Perhimpunan bagi menjayakan cita-cita Zahid (Hamidi) dan (Abdul) Hadi Awang yang gila glamor.
"Saya anggap ini pehimpunan gila glamor," katanya kepada Malaysiakini.
Muhammad Zahid berkata perhimpunan itu antiklimaks kerana tujuan asal perhimpnan untuk membantah cadangan kerajaan meratifikasi konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
'Rugi cetak baju dapat tajaan Yayasan Akal Budi'
"Perhimpunan yang nak dibuat ini adalah anti-klimaks.
"Pasal mula-mula perhimpunan untuk desak kerajaan, untuk belasah kerajaan.
"Tapi bila Dr Mahathir kata tidak akan ratify Icerd, (mereka) hendak juga (meneruskan) perhimpunan.
"Ini bermakna kemahuan berhimpun itu tidak dapat lagi dikendurkan," jelasnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sebuah program tanggung jawab korporat di Setiawangsa.
Muhamad Zahid juga berseloroh peniga yang telah mencetak baju T untk perhimpunan ini untuk menuntut bayaran atas kerugian daripada Yayasan Akal Budi, sebuah yayasan kebajikan berkaitan Ahmad Zahid.
"Untuk yang rugi dah print baju, Yayasan Akal Budi boleh taja balik, takde masalah," katanya.
Muhamad Zahid juga mengulas hasrat presiden Umno untuk berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak meratifikasi Icerd ketika perhimpunan itu.
"Zahid Hamidi tolong promote Tun Mahathir. Dia nak ucap terima kasih. Kalau perhimpunan ucap terima kasih, sudah tentu akan bermula dengan terima kasih, terima kasih, terima kasih.
"Dia tidak akan ada maki hamun. Tapi kalau start maki Tun Mahathir, pemimpin, kerajaan... ini dikira karut punya perhimpunan," katanya lagi.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena