Thursday 29 November 2018

[Video Undang-undang bina rumah ibadat akan disemak semula] SPRM soal siasat Mahdzir selama 8 jam

Jumaat, 30 November 2018
Foto Suara Rakyat.
“Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina bagi menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan“ - Najib Razak, 26/10/2010.

“Lanjutkan waktu operasi pusat hiburan termasuk kelab malam, restoran dan pub di bandar2 utama sehingga pukul 5 pagi bagi membolehkan pelancong menikmati aktiviti malam dengan ceria” - Adnan Mansor, 17/7/2006.

#MaksiatDidahulukan

SPRM soal siasat Mahdzir selama 8 jam

Bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid disoal siasat lebih lapan jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, berkenaan projek tenaga solar untuk sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM2.5 bilion.
Difahamkan beliau yang juga naib presiden Umno hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul sepuluh pagi tadi, dan hanya meninggalkan bangunan itu pada pukul 6.30 petang.
Beliau dijangka hadir semula pada pukul sembilan pagi esok untuk sesi soal siasat yang seterusnya.
Beliau pertama kali ke SPRM berhubung isu itu pada 16 Oktober lalu dan disoal siasat selama lima jam.
Isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor dan bekas pembantunya Rizal Mansor telah berdepan sejumlah pendakwaan berhubung projek itu.
Pada 10 Jun lalu, bekas perdana menteri Najib Razak didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari 2017 agar menganugerahkan kontrak projek hibrid solar di 369 sekolah di negeri itu - bernilai RM1.25 bilion - kepada sebuah syarikat.
Namun dilaporkan peratusan siap projek itu jauh lebih rendah berbanding sasaran 51 peratus yang sepatutnya dilaksanakan setakat 15 Mei lalu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena